9 Tanda Kencing Manis, Mungkin ada pada anda?

Pocket

Tanda kencing manis, Statistik negara menunjukkan penyakit Kencing Manis (Diabetes) semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Kencing manis lebih menakutkan apabila ia boleh dilihat di kalangan remaja atau dewasa.

Dan yang paling merisaukan apabila kita atau orang tersayang kita tidak sedar bahawa kita sudah menghidap Kencing manis.

Jadi anda mungkin dapat mengelak daripada masalah ini jika anda dapat mengenal pasti tanda kencing manis.

Apa yang merisaukan tentang penyakit kencing manis boleh memberi kesan yang sangat besar kepada pesakit jika berlarutan.

Ianya boleh menyebabkan kerosakan pada saraf dan ia adalah punca utama kegagalan buah pinggang dan buta.

APAKAH TANDA AWAL KENCING MANIS?

Pastinya anda pernah melihat saudara-mara atau rakan sekeliling yang pernah mengalami masalah kencing manis.

Jadi untuk artikel kali ini kita akan melihat 9 tanda-tanda awal kencing manis yang mungkin ada pada orang tersayang kita tanpa kita sedari.

Penyakit kencing manis mempunyai tanda atau simptom dan gejala tertentu.

Jika anda kurang pasti tentang keadaan yang terjadi, anda boleh berjumpa atau menghubungi doktor untuk mendapat kepastian.
.


9 TANDA AWAL KENCING MANIS YANG MUNGKIN ADA PADA ANDA

Kajian menunjukkan 25% daripada orang menghidap Diabetes jenis 2 tidak tahu mereka mempunyai Diabetis.

Jika anda mengalami tanda awal atau simptom yang dinyatakan, bolehlah berjumpa doktor untuk kepastian.

Ok jom kita ke tanda yang pertama.

.

1- KEKERAPAN KENCING

Tanda Kencing Manis, gula dalam darah yang tinggi menghasilkan kencing yang banyak



Apabila anda mempunyai gula dalam darah yang tinggi, badan akan mencairkan darah anda dan mengeluarkan glukosa yang lebih melalui air kencing.

Ia menyebabkan anda kerap kencing pada waktu malam dan menjejaskan waktu tidur anda.

Anda perlu ambil perhatian tentang keadaan ini jika ianya berlaku pada anda.


2- KERAP DAHAGA DARIPADA BIASA

Bila kerap membuang air kecil, ini akan membuat anda berasa kering.

Simptom atau tanda yang biasa dilihat dengan pesakit adalah mereka sering mengambil minuman seperti jus, soda, atau coklat susu untuk menghilangkan dahaga mereka.

Minuman ini tinggi gula dan kemudian akan menyebabkan aliran darah tersumbat dengan gula yang berlebihan.
.
.


3- BERAT BADAN TURUN

Tanda Kencing Manis, anda tidak menyerap semua kalori daripada gula dalam darah anda

Berat badan yang berlebihan merupakan faktor risiko untuk kencing manis.

Namun begitu, kehilangan berat badan juga merupakan tanda-tanda anda mendapat Diabetis atau penyakit kencing manis.

Anda kehilangan kalori dalam air kencing dan anda tidak menyerap semua kalori daripada gula dalam darah anda.

Apabila mereka yang mempunyai Diabetis mula belajar untuk mengawal gula dalam darah mereka,

mereka mungkin mengalami kehilangan berat badan tetapi ia bermakna tahap gula dalam darah anda adalah lebih seimbang.
.


4- SERING KELAPARAN

Tanda Kencing Manis, bukanlah sesuatu yang luar biasa jika pesakit tiba-tiba berasa sangat lapar.



Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa jika pesakit kencing manis atau Diabetis tiba-tiba berasa sangat lapar.

Apabila anda mempunyai gula darah yang tinggi, badan anda mempunyai masalah mengawal glukosa itu.

Fungsi badan yang tidak seimbang menyebabkan keadaan ini dan anda perlu untuk mendapatkan kepastian segera dengan doktor anda.


5- BERASA LEMBAB DAN LESU

tanda kencing manis, badan menjadi lembab dan lesu adalah dari keletihan



Sudah tentu punca badan menjadi lembab dan lesu adalah dari keletihan yang di alami akibat makanan yang dimakan tidak menjadi tenaga,

akibat ianya tidak dapat dipecahkan dengan baik apabila badan anda mempunyai masalah kencing manis.

Anda tidak mendapat bahan bakar yang diperlukan oleh badan dengan secukupnya. Anda akan menjadi letih dan berasa lembap.
.


6-  MURAM DAN CEPAT MARAH

Tanda Kencing Manis menyebabkan gejala-gejala kemurungan seperti ini.



Gula dalam darah yang tinggi, boleh menyebabkan gejala-gejala kemurungan seperti ini.

Anda berasa sangat letih, anda tidak mahu berbuat apa-apa dan hanya mahu tidur.

Pesakit berfikir bahawa mereka perlu dirawat untuk penyakit kemurungan, tetapi bila rawatan susulan dijalankan rupanya mengalami penyakit kencing manis.

7- PENGLIHATAN MENJADI KABUR

Tanda Kencing Manis, kanta mata tidak dapat memberi tumpuan dengan.

Pada peringkat awal Diabetis, kanta mata tidak dapat memberi tumpuan dengan baik kerana glukosa terbina pada selaput mata.

Pada kira-kira enam hingga lapan minggu selepas gula dalam darah anda stabil, masalah ini akan beransur baik,

tetapi jika dibiarkan dan tidak mengawal gula dalam badan masalah ini boleh menjadi lebih serius.


8- LUKA LAMBA SEMBUH

tanda kencing manis, Sistem imun membantu tubuh untuk sembuh terganggu

Sistem imun dan proses yang membantu tubuh untuk sembuh tidak berfungsi dengan baik apabila tahap gula anda tinggi.


9 - KEBAS TANGAN DAN KAKI


Tanda awal kencing manis Salah satu daripadanya adalah kerosakan saraf ringan

Tahap gula yang tinggi boleh menyebabkan komplikasi sebelum anda menyedari bahawa anda mempunyai Diabetis.

Salah satu daripadanya adalah kerosakan saraf ringan, yang boleh menyebabkan kebas di kaki dan tangan anda.
.

KESIMPULAN


Jika anda mengalami lebih daripada 3 tanda awal kencing manis yang disebutkan,

anda boleh cuba menguji bacaan gula dalam darah dengan glukometer di Klinik atau Farmasi berdekatan untuk mengenalpasti adakah anda menghidapi masalah Diabetis atau kencing manis

Apabila anda mengesan tanda awal, anda boleh mengelakkan komplikasi kencing manis seperti kerosakan saraf, buah pinggang, mata dan jantung.

Hubungi doktor jika anda:

▪ Rasa sakit hingga ke perut

▪ Lemah


▪ Sangat haus


▪ Kerap kencing


▪ Sakit perut yang berlarutan


▪ Bernafas lebih dalam dan lebih cepat daripada biasa


▪ Mempunyai nafas berbau

*Berikut adalah link atau pautan senarai punca kencing manis

Malaysia

2 Replies to “9 Tanda Kencing Manis, Mungkin ada pada anda?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.