Penghidap Kencing Manis 1.5 Ganda Mudah Kene Strok

Pocket

Bila umur dah meningkat tua, terutamanya bila dah masuk era 5 series, perlu ambil tahu pasal masalah penyakit yang sering melanda orang ramai.

Antara penyakit yang sinonim dengan orang tua macam itu sudah tentu kencing manis dan strok. Penyakit kencing manis ini atau diabetes dah jadi satu masalah besar kat negara kita.

Laporan dari Institut Diabetes Kebangsaan saya tengok melaporkan bahawa negara kita punya jumlah paling tinggi rakyatnya kena penyakit kencing manis di Asia. Negara kita juga punya bilangan pesakit kencing manis antara yang tertinggi di dunia.

Rekod menunjukkan lebih 2.5 juta warga Malaysia di atas umur 18 tahun menghidapi kencing manis. Lebih dari separuh rakyat kita juga dikatakan tidak sedar mereka ada kencing manis.

Antara puncanya adalah disebabkan kebanyakkan pesakit pencing manis jenis 2 tak ada menunjukkan sebarang gejala. Bila dah kena serangan jantung, strok, buah pinggang bermasalah dan lain-lain, baru sedar.

Kencing manis ni sebenarnya merupakan pembunuh senyap rakyat Malaysia sekarang!

Jadi ambil perhatian. Dan sebab itu juga saya cari maklumat untuk pengetahun sendiri dan kongsikan kat sini. Supa ada manfaat dan paling penting, bila dah baca, terus tulis, maka lebih mudah nak ingat dan melekat dalam otak.

Kaitan penyakit kencing manis dengan strok

Secara umumnya masalah kencing manis ada banyak kaitan yang membawa kepada masalah kesihatan lain. Juga ada kaitan rapat dengan kemungkinan terkena masalah strok.

Kalau anda dah kena kencing manis, anda punya potensi sebanyak 1.5 kali ganda untuk terkena strok berbanding orang yang tak ada kencing manis.

Orang kena kencing manis ada masalah dengan insulin dalam badan mereka. Samada badan tak dapat keluarkan insulin atau insulin tak dapat berfungsi dengan sempurna untuk tukarkan gula kepada tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan.

Jadi kandungan gula akan kekal dalam darah dalam kadar yang tinggi.

Kandungan gula lebih tersebut menyumbang kepada terjadinya gumpalan lemak yang terkumpul dalam darah. Bila jadi macam tu, saluran darah ke pada leher atau ke otak lama-lama akan jadi sempit atau mungkin tersumbat terus.

Kalau darah yang menuju ke otak tersekat, maka akan berlakulah Strok !

3 jenis kes strok

87% daripada punca strok adalah disebabkan masalah darah tak pergi ke otak. Biasanya sebab tersumbat saluran darah.

Ada juga yang kena strok sebab saluran darah ke otak bocor atau ada kecederaan. Ini lagi bahaya. Boleh mudah membawa kepada kematian. 40% kes kematian berhubung dengan strok disebabkan kes yang macam ni.

Kadang-kadang strok boleh juga berlaku bila darah tak pergi ke otak untuk seketika waktu. Ini dipanggil mini strok. Selepas saluran darah terbuka semula, darah mula masuk ke otak, keadaan akan kembali normal. Kalau jadi cam tu, ianya merupakan satu amaran. Sila dapatkan rawatan segera sebelum terlewat.

Tanda-tanda nak kena strok

Ini penting untuk anda tahu.

Kalau berlaku tanda-tanda seperti berikut pada diri anda, sila ambil perhatian dan segeralah dapatkan bantuan perubatan;

  • Muka jatuh - Bukan jatuh ke tanah. Muka anda kelihatan atau terasa lumpuh tak bermaya. Orang biasa sebut muka jatuh. Dalam terma lebih tepat dipanggil 'facial paralysis'.
  • Bahu jadi lemah - Rasa tak kuat dan tak bermaya pada bahagian bahu.
  • Sukar bercakap - Rasa macam payah nak bercakap atau bertutur.

Kalau anda rasa secara tiba-tiba lemah, kebas pada bahagian muka, tangan dan kaki terutamanya jika berlaku pada sebelah bahagian badan saja, itu tanda macam nak kena strok lah tu.
Anda juga mungkin akan rasa keliru pening lalat dan payah nak bercakap. Mata pula jadi sukar untuk melihat samada sebelah atau kedua-dua belah mata. Rasa susah nak seimbangkan badan jadi terhoyong hayang. Atau tiba-tiba sakit kepala yang amat sangat tak pasal-pasal.Itu semua anda penting untuk anda bertindak segera dapatkan rawatan dan bantuan kecemasan.

Macam mana nak kurangkan risiko kena strok

Kalau anda berumur lebih 55, lagi tinggi nak kena strok. Umur meningkat mendedahkan anda pada risiko strok. Ini memang tak boleh nak buat apa-apa.Satu lagi faktor yang anda tak boleh buat apa-apa adalah disebabkan keturunan. Ada sejarah keluarga kena strok. Tapi ada perkara yang anda boleh buat sesuatu untuk kurangkan risiko strok. Antaranya adalah seperti berikut;

  • Ubah menu makanan untuk elakkan tekanan darah dan kurangkan kolestrol.Kurangkan garam, lemak dan gula dari semua menu makanan anda. Pilih untuk makan ikan berbanding daging. Banyakan buah dan sayuran serta kekacang.
  • Bersenam - Nekadlah untuk amalkan senaman sebagai acara rutin harian hidup anda. Berjalan kaki secara pantas setiap hari adalah amalan paling mudah yang anda boleh segera buat.
  • Berhenti merokok - Ini yang payah nak buat. Kalau dah jadi perokok tegar memang susah nak buang tabiat merokok ni. Kalau nak kurangkan risiko strok, terpaksa nekad buang rokok. Cuch rokok boleh, tapi lepas cucuh, campak rokok tu jangan hisap.
  • Elakkan arak - Ini mudah untuk muslim yang taat. Memang tak pernah pekena arakpun. Tapi kalau anda ada minum arak, berhentilah! Itu yang terbaik!.

Jom sama-sama kita usahakan untuk jaga kesihatan. Elakkan kencing manis jika belum kena. Kalau dah kena, sabar dan ubah gaya hidup untuk elakkan strok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.