7 CEGAH KECEDERAAN KAKI KENCING MANIS

Pocket

Cegah kecederaan kaki , Bagi pesakit kencing manis, luka ibarat satu ‘sumpahan’ dan wajib dielak.

Meskipun kecederaan dialami sekecil luka melepuh ketika mengenakan sepatu, ia boleh menjadi komplikasi rumit termasuklah kehilangan anggota bahagian berkenaan.

Berikut adalah 7 tips pencegahan kecederaan kaki yang boleh kalian amalkan.

cegah kecederan kaki, gula

1- Kawalan paras glukos yang baik

Matlamat pengurusan diabetes adalah mencapai kawalan glukosa darah yang optimum kerana ini akan membantu mencegah komplikasi jangka panjang dan pendek.

Oleh itu, ujian pemantauan glukosa darah yang berkala memberitahu sama ada rawatan yang diikuti mencukupi untuk mengawal aras glukosa darah atau pesakit perlu mengubah rawatan mereka.

cegah kecederan kaki,, dengan mengamalkan diet yg sihat  dan kerap membuat pemeriksaan doktor..

2- Pemeriksaan sendiri kaki secara berkala

Waspadalah terhadap kebas pada kaki. Salah satu gejala paling awal dan paling biasa neuropati periferal ialah kehilangan deria rasa dan kebas pada kaki.

Rasa kebas boleh bermula dari jari kaki, kemudian kaki seperti stokin kaki yang sedang dipakai.

Biasanya, gejala ini berlaku pada kedua-dua kaki, walaupun mungkin deria rasa lebih jelas pada satu kaki dahulu.

cegah kecederan kaki, neuropati periferal ialah kehilangan deria rasa kaki

3- Mempunyai pengetahuan untuk mengenalpasti masalah kaki

Diantara pengetahuan untuk mengenalpasti masalah kaki adalah Ulser kaki (luka terbuka) adalah biasa dalam kalangan pesakit kencing manis, terutamanya mereka yang mempunyai masalah dalam saraf (neuropati periferal), bekalan darah ke kaki (penyakit vaskular periferal (PVD), atau kedua-duanya.

Orang yang mempunyai ulser disebabkan oleh kencing manis kadangkala memerlukan amputasi (pembedahan sebahagian daripada anggota badan).

Ulser kaki bukan sahaja menyebabkan kecacatan fizikal dan kehilangan kualiti hidup tetapi juga mengakibatkan beban ekonomi (kos penjagaan kesihatan, ketidakupayaan perindustrian).

Matlamatnya adalah untuk mencegah ulser kaki daripada berlaku.

Ulasan tentang kajian peringkat tinggi mendapati bahawa mendidik pesakit diabetes mengenai keperluan untuk menjaga kaki mereka seolah-olah meningkatkan pengetahuan dan tingkah laku dalam penjagaan kaki dalam jangka masa pendek.

Tiada bukti yang mencukupi yang menyatakan bahawa pendidikan sahaja, tanpa sebarang langkah-langkah pencegahan tambahan, akan mengurangkan ulser dan amputasi secara berkesan.

cegah  kecederaan  kaki, pilih kasut sesuai, jenis material dan saiz sesuai.

4- Pemilihan kasut yang sesuai

PEMAKAIAN KASUT YANG BETUL Kasut yang salah dari segi saiz, bentuk dan kepadanan boleh menimbulkan masalah pada kaki.

Kasut yang betul, walaupun tidak akan menyelesaikan masalah klinikal pada kaki, ia masih boleh mengurangkan masalah yang dihadapi.

Memilih kasut yang sesuai Semua diantara kita mempunyai kaki yang berbeza saiznya.

Dalam kaeadaan ini, belilah kasut berdasarkan saiz kaki yang sesuai dan selesa serta jangan terlalu ketat.

Dari segi potongannya pula, pastikan tapak kaki anda berpadanan dengan tapak kasut – hanya anda yang boleh menilai samada kasut yang dipilih itu selesa atau tidak. 

cegah kecederan kaki,,

5- Melakukan fizikal aktiviti yang

Elakkan aktiviti yang boleh mengurangkan peredaran darah ke kaki seperti:

  • Tekanan akibat kasut yang ketat
  • Duduk terlalu lama
  • Duduk bersilang kaki terlalu lama
  • Memakai seluar atau stoking kaki yang ketat
cegah kecederan kaki,  Elakkan aktiviti boleh mengurangkan peredaran darah kaki

6- Elakkan kecederaan dengan menjaga kebersihan persekitaran dan laluan perjalanan

Untuk mengelakkan kasut baru mencederakan kaki, pakai 1-2 jam sehari kemudian berselang seli dengan kasut yang lama dari hari ke hari hinggalah kasut baru itu menjadi sedikit longgar dan memberikan keselesaan pada kaki.

Gantikan kasut atau selipar yang telah haus tapaknya untuk mengelakkan kecederaan.

Kaki anda melambangkan kesihatan badan anda. Hargailah kaki anda dan berikan perhatian yang sewajarnya.

cegah kecederan kaki, berumur seawal 20 tahun /  ke atas perlu menjalani pemeriksaan

7- Pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya setahun sekali.

Individu berumur seawal 20 tahun dan ke atas kini perlu menjalani pemeriksaan saringan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Namun jika terdapat sejarah keluarga bagi penyakit kronik atau mempunyai fakta risiko kesihatan seperti berat badan berlebihan mereka disarankan berbuat demikian sekerap 6 bulan sekali.

Semoga tips ini dapat membantu dan meminimumkan kecederaan kaki kalian, kalian boleh kongsikan tips ini kepada orang yang tersayang, kawan-kawan dan kenalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.