Tips: 5 Cara Elak Luka Diabetes Yang Ramai Lepas Pandang.

Pocket

hai gais, berikut perkara yang perlu korang elakkan atau bagi pesakit diabetes ialah elak luka diabetes. Bak kata pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada merawat’.

Berikut adalah lima cara yang dapat anda lakukan untuk mengelakkan diri anda daripada mendapat luka, lebih-lebih lagi di bahagian kaki:

1- Pemeriksaan Yang Kerap

Elak Luka Diabetes,

Langkah pertama untuk elak luka diabetes Periksa tubuh korang terutamanya di setiap celah jari kaki dan tapak kaki supaya korang sedar jika kewujudan luka kecil.

Korang boleh gunakan cermin untuk melihat pada bahagian yang sukar dilihat.

2- Pastikan Kulit Bersih Setiap Hari

Elak Luka Diabetes

Elak luka diabetes seterusnya, korang mandi secara cermat dan sekata agar keseluruhan badan korang menjadi bersih terutama di bahagian celahan anggota.

3- Sapu Losyen

Elak Luka Diabetes

Pastikan kulit korang tidak kering dan sapu losyen untuk kekalkan kelembapan kulit.

Namun, jangan biarkan kulit korang basah ye, terutama di bahagian kaki.

Kaki korang yang basah, terutama di celah jari, akan berisiko terkena jangkitan kulat (fungus) tau.

4- Kasut yang Bersih dan Selesa

Pastikan korang pakai kasut yang bersih dan selesa untuk kaki korang. Pemilihan kasut yang bersesuaian juga sangat penting untuk elakkan luka.

Antara ciri kasut yang sesuai bagi korang atau pesakit kencing manis ialah bertutup, tapak rata atau sedikit tumit, tapak dalam kasut lembut,

kasut yang diperbuat daripada getah dan sentiasa berstokin atau kasut yang menyerap peluh.

Dan, sangat penting untuk pastikan tidak ada jahitan atau lipatan tajam yang boleh menyebabkan kaki korang luka tau.

5- Kuku Sentiasa Pendek

Elak Luka Diabetes

Akhir sekali untuk elak luka diabetes, Pastikan kuku korang sentiasa dipotong pendek dan bersih.

Potong kuku dengan cermat agar tidak tertinggal serpihan kuku di celah kulit yang boleh mengakibatkan cekam.

Ini kerana, cekam boleh menyebabkan jangkitan tau korang.

PENGENALAN LUKA

Tercedera semasa menjalankan aktiviti harian merupakan perkara biasa di kalangan kebanyakan orang.

Jenis kecederaan yang paling kerap dialami adalah luka dan melecet dan ianya boleh berlaku ketika melakukan kerja rumah, berkebun, atau semasa mengendalikan peralatan bermesin.

Kanak-kanak sering mendapat luka semasa bermain sesama sendiri, menjalankan aktiviti sukan atau akibat terjatuh ketika menunggang permainan beroda, seperti basikal, skuter, atau ‘skateboards’.

Luka merupakan hirisan yang terjadi pada kulit  yang biasanya disebabkan oleh objek yang tajam seperti pisau atau sekeping kaca.

Kebanyakan luka adalah kecil dan boleh dirawat sendiri di rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.