7 Perkara Mengapa Anda Rasa Kebas - Kebas Kaki.

Pocket

Assalammualaikum gais selamat beristirehat korang, korang atau mak ayahh korang ada rasa kebas - kebas kaki?

Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat. Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki (kebas kaki).

PENGENALAN KEBAS-KEBAS

Untuk makluman gais, kebas adalah keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan deria rasa kulit (sensation). Keadaan ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh irritasi saraf atau saraf periperi terhimpit.

Gais, ramai pasti pernah rasa kebas-kebas, kebas-kebas kaki, tegangan dan semut-semut di bahagian kaki. Situasi ini mungkin kerap berlaku jika korang duduk pada posisi salah atau berdiri terlalu lama (berkawad).

Namun kadangkala rasa kebas-kebas di kaki mungkin disebabkan isu kesihatan yang lebih serius.

Dr Anthony Geraci, pengarah Pusat Neuromuscular di Inistitut Kesihatan Sains-neuro di Manhasset, New York, berkongsi bersama laman sesawang Health.com, "Jika seseorang mengalami rasa kebas-kebas dan semut-semut lebih dari seminggu dan melibatkan lebih dari satu tubuh badan, ia mungkin membayangkan sesuatu (yang lebih serius)."

PUNCA KEBAS-KEBAS KAKI

Ini antara perkara yang boleh mengakibatkan kebas-kebas dan semut-semut di kaki:

1- SARAF TERHIMPIT (PINCHED NERVE)

kebas kaki, saraf terhimpit (pinched nerve) - urat saraf boleh terhimpit oleh otot, tendon, tisu dan tulang
saraf terhimpit (pinched nerve)

Menurut laman sesawang Health.com, urat saraf boleh terhimpit oleh otot, tendon, tisu dan tulang yang berdekatan dan mengakibatkan pelbagai rasa.

Ini antara sebab paling lazim bagi rasa kebas - kebas di kaki. Ia boleh disebabkan pelbagai perkara, termasuk kecederaan.

Selain rasa kebas-kebas atau semut-semut, urat saraf yang terhimpit juga boleh mengakibatkan rasa sakit.

Namun, kondisi ini lazimnya boleh dirawat dengan agak mudah, seperti membetulkan postur badan dan menguatkan otot-otot berkenaan.

Namun bagi sesetengah kes, menurut Dr. Geraci, ubat pelali atau pembedahan juga diperlukan.

2- HERNIA CAKERA TULANG BELAKANG

kebas kaki, hernia cakera tulang belakang
Hernia cakera tulang belakang

Tulang belakang manusia disambung dengan cakera pepejal. Apabila cakera ini teranjak, ia boleh mengakibatkan hernia pada tulang belakang, 'slip disk' atau cakera teranjak.

Keadaan ini boleh disebabkan oleh badan yang bongkok terlalu banyak atau mengangkat berat dengan posisi yang salah.

Akibatnya, urat saraf akan terhimpit dan menyebabkan rasa kebas-kebas dan semut-semut pada bahagian badan dan kebas kaki.

Seperti kondisi pertama, cakera yang teranjak ini juga boleh dirawat dengan riadah, ubat tahan sakit atau pembedahan pada sesetengah kes.

3- KENCING MANIS (DIABETIS)

kebas kaki,
Diabetes

Apabila tahap gula dalam darah tidak terkawal pada jangka waktu tertentu di kalangan penghidap penyakit kencing manis, gula berlebihan tidak ditukarkan kepada tenaga atau lemak boleh terkumpul dan merosakkan saraf yang menyampaikan mesej reflaks dari otak dan tulang belakang ke bahagian badan yang lain, termasuk kaki.

Apabila saraf rosak kebas - kebas kaki berpotensi berlaku.

Seseorang boleh mengelakkan kerosakan saraf ini dengan menjaga tahap kencing manis, dengan cara mengawal diet pemakanan yang sihat, mendapatkan nasihat doktor untuk pengmabilan ubat-ubatan dan juga riadah.

Apabila saraf sudah rosak, ia tidak boleh dirawat; hanya simptomnya yang boleh ditangani.

4- ANGIN AHMAR (STROK)

Tambah laman sesawang Health.com, jika korangberusia muda, rasa kebas-kebas di kaki jarang disebabkan angin ahmar, kerana ia lebih kerap berlaku pada warga emas berusia lebih 60 tahun. Namun berwaspadalah, kerana malang tidak berbau.

4- Kencing Manis - angin ahmar (strok)
Angin ahmar (strok)

Tidak kira usia, inilah antara simptom angin ahmar (strok): percakapan kurang jelas, rasa kebas-kebas dan kelemahan atau tidak boleh bergerak pada kebas-kebas bahagian badan. Simptom-simptomnya akan datang secara tiba-tiba dan lebih kerap berlaku pada individu berisiko tinggi, seperti yang menghidapi penyakit darah tinggi, perokok dan pesakit kencing manis.

Ubat boleh mengelakkan kerosakan yang kekal, tapi perlu diambil secepat mungkin. Penting untuk mendapat bantuan serta-merta apabila terdapat simptom angin ahmar.

Angin ahmar juga menyumbang kepada kebas kaki.

5- PENYAKIT ATERI PERIFERAL (PAD)

5- Kencing Manis -penyakit ateri periferal
Penyakit ateri periferal

Penyakit arteri periferal (PAD) berlaku apabila arteri tersekat dan menghalang aliran darah ke tangan dan kaki. Selain mengakibatkan rasa kebas-kebas dan semut-semut, PAD juga mengakibatkan rasa sakit ketika berjalan.

PAD selalunya menandakan terdapat pengumpulan lemak dalam arteri, yang boleh mengakibatkan serangan jantung atau angin ahmar pada masa depan.

6- KEKURANGAN MINERAL DALAM BADAN

6- Kencing Manis - kekurangan mineral

Tubuh kekurangan vitamin. Vitamin E, B1, B6 dan B12 dan niasin sangat penting untuk fungsi saraf yang sihat.

Kekurangan mineral menjadi penyebab kepada masalah saraf ni, jadi jangan abaikan pengambilan vitamin & mineral penting untuk kesihatan saraf, takkan nak tunggu sampai dah terlantar baru nak tercari-cari penawar, macam dah terlambat jer nanti kan?

7- ANEMIA (KEKURANGAN DARAH)

Anemia

Ramai dikelangan wanita (ibu-ibu yang hamil) mengalami anemia ini kerana berpunca daripada kehamilan memerlukan lebih banyak darah untuk menyokong pertumbuhan bayi, penghasilan darah haid berlebihan menyebabkan kehilangan darah dan ketumbuhan seperti fibroid dalam rahim.

"Institut Jantung, Paru-paru dan Darah Negara" menganggarkan dua puluh peratus wanita mengalami kekurangan zat besi anemia.

SIMPTOM KEBAS-KEBAS

Berikut pula adalah simptom jika korang sering atau kerap rasa kebas pada kaki atau tangan:

  1. Kebas Tangan – Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
  2. Kebas tangan kiri dan lengan – Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
  3. Kebas kaki – Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
  4. Sakit tapak kaki – Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
  5. Sakit tumit kaki – Menunjukkan kelemahan fungsi alat sulit.
  6. Rasa panas di tapak kaki – Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

DIAGNOS KEBAS-KEBAS

Setiap individu kadang-kadang mengalami kekebasan, sakit yang menyucuk atau rasa seperti terbakar. korang mungkin merasanya apabila berdiri atau duduk pada satu-satu posisi untuk tempoh yang lama. Biasanya ia hilang begitu sahaja.

Doktor akan meminta sejarah perubatan lengkap, jadi pastikan anda beritahu tentang:

Semua simptom, walaupun yang tiada kaitan dengan apa-apa penyakit yang pernah dirawat sebelum ini, dengan apa-apa kecederaan, dengan apa-apa jang korangn, dengan apa-apa vaksin (terutama untuk flu)dan apa saja ubatan / suplemen yang anda sedang / pernah ambil.

Macam mana cara untuk merawat kebas kaki dan tangan ni? Ada orang akan guna ubat-ubatan tapi kadang-kadang masih tak berkesan. Ada satu lagi cara lain iaitu dengan mengamalkan pengambilan suplemen sebagai ganti kepada ubat-ubatan biasa untuk merawat masalah kebas.

Tapi sebenarnya suplemen ni bukanlah untuk merawat. ia lebih kepada membantu memberi nutrisi secukupnya kepada badan korang supaya badan korang dapat berada pada tahap optima. Bila badan korang cukup nutrisi, maka automatik korang akan sihat. bila korang sihat, of course la korang akan bebas daripada sebarang jenis masalah / penyakit.

RAWATAN TRADISIONAL

8- Kencing Manis - pokok genggam
pokok genggam

Pokok Genggam Fatimah atau nama saintifiknya, Selaginella lepidophylla adalah tumbuhan herba gurun dalam keluarga spikemoss. terkenal kerana keupayaannya hidup meskipun dalam cuaca panas dan kekeringan.

Dalam perubatan tradisional, mempunyai pelbagai khasiat untuk merawat kebas-kebas kaki dan jari.

CARA PENGGUNAAN

-1 pokok dibasuh bersih

-Direbus dengan air anggaran 1.5 liter sehingga mendidih

-Minum 1 cawan 2 kali sehari

-Ulang rebusan sehingga hilang warna

-Gantung dan jemur semula selepas guna

10- Kencing Manis - sanggul fatimah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.