Gula Berlebihan Mempengaruhi Kemampuan Otak (IQ)

Rasa gula manis, tapi gula terlalu banyak akan memberi kepada badan - termasuk otak.


Para saintis di New Zealand telah menemui bukti pendahuluan bahawa gula mudah seperti glukosa boleh mengganggu kebolehan kognitif, kebolehan yang termasuk aktiviti mental (otak).
.
.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Physiology & Behavior mendapati bahawa pemanis yang mengandungi glukosa mempunyai kesan terhadap penurunan perhatian dan masa tindak balas.

.
.

"Saya kagum dengan bagaimana deria mempengaruhi kelakuan dan mempengaruhi kehidupan seharian kita," kata pengkaji kajian Mei Peng, profesor sains deria di Otago University.
.
.

"Khususnya, bagaimana penggunaan gula dapat mengubah cara kerja otak kita. Dalam kes persepsi manis, kami telah berkembang untuk menyukai rasa ini.
.
.

"Penyelidikan sebelumnya tentang penggunaan glukosa mengaitkannya dengan peningkatan keupayaan ingatan. Walau bagaimanapun, kajian yang mengkaji kesan glukosa pada proses kognitif memberikan keputusan yang agak pelbagai.
.
.

Dalam satu kajian baru-baru ini, 49 orang menggunakan minuman beralkohol yang mengandungi glukosa, sukrosa, fruktosa, atau sucralose (pemanis buatan) sebelum menyelesaikan tiga ujian kognitif.
.
.

Tiga ujian terdiri daripada tugasan untuk masa tindak balas yang mudah, pemprosesan aritmetik, dan kesan Stroop, yang bertujuan untuk melihat keupayaan psikologi seseorang.
.
.

Para penyelidik juga mengukur paras gula darah peserta semasa ujian. Mereka mendapati bahawa peserta yang menggunakan glukosa atau sukrosa cenderung melakukan ujian kognitif lebih buruk daripada mereka yang menggunakan fruktosa atau sucralose.
.
.

Tubuh manusia menukarkan sukrosa kepada glukosa dan fruktosa. Tetapi tidak seperti glukosa, fruktosa tidak menyeberangi halangan otak darah.
.
.

"Kajian kami menunjukkan bahawa 'gula koma' - yang berkaitan dengan glukosa - sememangnya fenomena sebenar, di mana tahap perhatiannya berkurangan selepas pengambilan gula yang mengandungi glukosa," kata Peng kepada PsyPost.

.
.

Kesan ini diperkuat oleh peserta yang berpuasa selama 10 jam sebelum kajian.

.
.

Pengkaji mengakui bahawa saiz sampel kajian agak kecil, tetapi kesan yang diperhatikan agak besar. Oleh itu, beliau mencadangkan penyelidikan lanjut perlu mengukur sejauh mana perubahan otak selepas memakan gula, menggunakan teknik neuroimaging.

.
.

"Ini akan membantu kita memahami dengan lebih baik bagaimana penurunan perhatian berlaku selepas memakan glukosa," kata Peng.

.

Beliau meneruskan, kerana makanan semakin pelbagai, boleh diakses dan lazat - adalah penting untuk melakukan lebih banyak penyelidikan dalam bidang ini untuk memahami pilihan makanan dan tingkah laku makan.

.

Penyelidikan dengan tajuk manis Kesan "manis": Penilaian perbandingan gula diet terhadap prestasi kognitif 'juga ditulis dengan Rachel Ginieis, Elizabeth A. Franz, dan Indrawati Oey.

Kencing Manis : Konspirasi Gula Susu Pekat Manis

Disangkakan mengandungi susu, rupanya Susu Pekat Manis adalah #konspirasigula semata mata!

.
.

Susu Pekat Manis di proses dengan menambah GULA yang bertidak sebagai pengawet untuk memastikan ia tahan lama. Ia boleh bertahan sehingga bertahun tahun lamanya sekiranya penutup tin tidak di buka.

.
.

Kandungan gula yang tinggi menyebabkan mikroorganisma di dalam susu MATI lalu mengekal tahap sterile susu tersebut.

.
.

Kandungan gula di dalam satu tin Susu Pekat Manis boleh mencapai sehingga 45% manakala kandungan susu hanyalah 10%. Selebihnya adalah minyak dan bahan bahan lain.

.
.


.
.

Pemasaran Produk Susu Pekat Manis

.
.

Masihkah anda ingat kepada sebuah iklan klasik yang menggunakan Susu Pekat Manis dengan tagline “ Membesar Dengan Susu Cap X ?”

.
.

Siaran Iklan yang di tayangkan pada tahun 90 an itu menunjukkan kanak kanak berebut minum “susu” berkenaan dengan membayangkan suasana yang aktif dan cergas.

.
.

Selain itu, produk Susu Pekat Manis juga menggunakan tagline yang cukup catchy dan menyakinkan seperti;

.
.

"Minuman Yang di Percayai Turun Temurun",

.
.

Sejak bila pula tok nenek kita menggunakan produk ini?

.
.

Seperti mana produk #konspirasigula yang lain, produk Susu Pekat Manis di war warkan dengan kandungan khasiat dan manfaat seperti;

.
.

Rendah Lemak, Mengandungi Vitamin D,Vitamin A, Vitamin B, Lebih Calcium, Extra 25% dan lain lain lagi bagi menarik pengguna.

.
.

Pemasaran produk Susu Pekat Manis menyebabkan pengguna tertipu dan merasakan ia merupakan produk yang baik dan berkhasiat untuk bayi dan kanak kanak. Pernah suatu ketika (malah kini), ada ibu bapa membancuh Susu Pekat Manis di dalam botol susu dan di beri kepada anak anak sebagai penganti kepada Susu Ibu.

.
.


.
.

Adakah Anda Pengguna Tegar Susu Pekat Manis?

.
.

Fikirkan Semula..

.
.

Penggunaan susu pekat manis di Malaysia adalah LUAR BIASA.

.
.

Susu Pekat Manis di gunakan secara meluas sebagai pemanis minuman seperti teh Tarik, air bandung, kopi,minuman perisa coklat dan minuman ice blended lain.

.
.

Selain itu ia juga sering di gunakan dalam kuih muih, kek, ABC, Cendol dan sebagainya.

.
.

Kajian membuktikan bahawa penggunaan Susu Pekat Manis didalam MINUMAN merupakan antara penyumbang utama kepada penggunaan gula tambahan berlebihan pada setiap hari.

.
.

Data dari 2003 Malaysian Adult Nutrition Survey (MANS) menunjukkan masyarakat Malaysia mengambil 30 gram ( 3 sudu) SUSU PEKAT MANIS setiap hari bersamaan dengan 16 gram gula.

.
.

Tidak cukup dengan itu, bagi menambah rasa manis dalam minuman, rakyat Malaysia juga telah menambah 21 gram (4 sudu) gula menjadikan jumlah pengambilan gula tambahan hanya di dalam minuman sebanyak 37 gram.

.
.

Mengikut pecahan kaum, MELAYU merupakan pengguna tertinggi gula termasuk susu pekat manis berbanding kaum India dan Cina.

.
.


Condensed Milk

Teh Tarik Sebagai Ikon #KONSPIRASIGULA?

.
.

Teh Tarik telah menjadi salah satu ikon bagi minuman di Malaysia. Minuman kegemaran rakyat Malaysia ini tanpa disedari telah menjadi boneka kepada #konspirasigula.

.
.

Menurut pakar diet, Institut Kesihatan Umum, Kementerian kesihatan Malaysia (KKM), Noor Safiza Mohammad Nor, daripada sumbangan kalori, segelas kecil teh tarik (180ml) yang menggunakan empat sudu makan susu pekat manis akan membekalkan sebanyak 140 kilokalori tenaga, protein dan lemak.

.
.

Tahukah anda, nilai kalori tersebut menyamai kandungan gula di dalam minuman berkarbonat.

.
.

Mengantikan susu segar sebagai bahan ganti kepada Susu pekat manis mungkin merupakan alternative yang lebih baik bagi menikmati Teh Tarik Kegemaran rakyat Malaysia.

.
.


.
.

Ingat Susu Pekat Manis, Ingat Diabetes dan Komplikaisnya

.
.

Secara ringkasnya, pengambilan gula berlebihan telah menyebabkan kegemukan atau obesiti kalangan rakyat Malaysia.

.
.

Pada tahun 2015, hampir separuh rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan dan ini akan mengundang penyakit kronik lain seperti kencing Manis, darah tinggi dan penyakit jantung .

.
.

Menurut kajian pada 2013 , Malaysia mempunyai kadar obesiti paling tinggi di Asia dengan 44 peratus lelaki dan 49 peratus wanita.

.
.

Tahukah anda 4% sehingga 7% pesakit kencing manis di Malaysia menderita kaki atau jari yang telah di potong akibat komplikasi kencing manis.

.
.

Pada sesiapa yang pernah melihat dan menghidu bau dari kaki Diabetic Foot Ulcer pasti akan ingat bau tersebut selama lamanya.

.
.

Oleh itu, ingat Susu Pekat Manis,
Ingata Diabetes dan Komplikasinya.

.
.

Mesej dari www.HerbaDiabetis.com

.
.

Rujukan

  1. Maria Sofia V Amarra,Geok Lin Khor, Pauline Chan. Malaysia Added Sugar Intake. Asia Pac J Clin Nutr 2016;25(2):227-240.
  2. http://www.milkingredients.ca/index-eng.php?id=193
  3. https://en.wikipedia.org/wiki/Condensed_milk
  4. Teh tarik sedap tapi mudarat http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp…
  5. http://www.livestrong.com/…/267787-sweetened-condensed-mil…/
  6. http://www.diabetes.org.my/article.php?aid=943

Tonton iklan susu pekat manis pada tahun 80 an
https://www.youtube.com/watch?v=DaAHertJCEM
https://www.youtube.com/watch?v=AkDMzBLprlU
https://www.youtube.com/watch?v=lbKgc2sWyfM
https://www.youtube.com/watch?v=fe5K3Vt-Lic

Penghidap Kencing Manis 1.5 Ganda Mudah Kene Strok

Bila umur dah meningkat tua, terutamanya bila dah masuk era 5 series, perlu ambil tahu pasal masalah penyakit yang sering melanda orang ramai.

Antara penyakit yang sinonim dengan orang tua macam itu sudah tentu kencing manis dan strok. Penyakit kencing manis ini atau diabetes dah jadi satu masalah besar kat negara kita.

Laporan dari Institut Diabetes Kebangsaan saya tengok melaporkan bahawa negara kita punya jumlah paling tinggi rakyatnya kena penyakit kencing manis di Asia. Negara kita juga punya bilangan pesakit kencing manis antara yang tertinggi di dunia.

Rekod menunjukkan lebih 2.5 juta warga Malaysia di atas umur 18 tahun menghidapi kencing manis. Lebih dari separuh rakyat kita juga dikatakan tidak sedar mereka ada kencing manis.

Antara puncanya adalah disebabkan kebanyakkan pesakit pencing manis jenis 2 tak ada menunjukkan sebarang gejala. Bila dah kena serangan jantung, strok, buah pinggang bermasalah dan lain-lain, baru sedar.

Kencing manis ni sebenarnya merupakan pembunuh senyap rakyat Malaysia sekarang!

Jadi ambil perhatian. Dan sebab itu juga saya cari maklumat untuk pengetahun sendiri dan kongsikan kat sini. Supa ada manfaat dan paling penting, bila dah baca, terus tulis, maka lebih mudah nak ingat dan melekat dalam otak.

Kaitan penyakit kencing manis dengan strok

Secara umumnya masalah kencing manis ada banyak kaitan yang membawa kepada masalah kesihatan lain. Juga ada kaitan rapat dengan kemungkinan terkena masalah strok.

Kalau anda dah kena kencing manis, anda punya potensi sebanyak 1.5 kali ganda untuk terkena strok berbanding orang yang tak ada kencing manis.

Orang kena kencing manis ada masalah dengan insulin dalam badan mereka. Samada badan tak dapat keluarkan insulin atau insulin tak dapat berfungsi dengan sempurna untuk tukarkan gula kepada tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan.

Jadi kandungan gula akan kekal dalam darah dalam kadar yang tinggi.

Kandungan gula lebih tersebut menyumbang kepada terjadinya gumpalan lemak yang terkumpul dalam darah. Bila jadi macam tu, saluran darah ke pada leher atau ke otak lama-lama akan jadi sempit atau mungkin tersumbat terus.

Kalau darah yang menuju ke otak tersekat, maka akan berlakulah Strok !

3 jenis kes strok

87% daripada punca strok adalah disebabkan masalah darah tak pergi ke otak. Biasanya sebab tersumbat saluran darah.

Ada juga yang kena strok sebab saluran darah ke otak bocor atau ada kecederaan. Ini lagi bahaya. Boleh mudah membawa kepada kematian. 40% kes kematian berhubung dengan strok disebabkan kes yang macam ni.

Kadang-kadang strok boleh juga berlaku bila darah tak pergi ke otak untuk seketika waktu. Ini dipanggil mini strok. Selepas saluran darah terbuka semula, darah mula masuk ke otak, keadaan akan kembali normal. Kalau jadi cam tu, ianya merupakan satu amaran. Sila dapatkan rawatan segera sebelum terlewat.

Tanda-tanda nak kena strok

Ini penting untuk anda tahu.

Kalau berlaku tanda-tanda seperti berikut pada diri anda, sila ambil perhatian dan segeralah dapatkan bantuan perubatan;

  • Muka jatuh - Bukan jatuh ke tanah. Muka anda kelihatan atau terasa lumpuh tak bermaya. Orang biasa sebut muka jatuh. Dalam terma lebih tepat dipanggil 'facial paralysis'.
  • Bahu jadi lemah - Rasa tak kuat dan tak bermaya pada bahagian bahu.
  • Sukar bercakap - Rasa macam payah nak bercakap atau bertutur.

Kalau anda rasa secara tiba-tiba lemah, kebas pada bahagian muka, tangan dan kaki terutamanya jika berlaku pada sebelah bahagian badan saja, itu tanda macam nak kena strok lah tu.
Anda juga mungkin akan rasa keliru pening lalat dan payah nak bercakap. Mata pula jadi sukar untuk melihat samada sebelah atau kedua-dua belah mata. Rasa susah nak seimbangkan badan jadi terhoyong hayang. Atau tiba-tiba sakit kepala yang amat sangat tak pasal-pasal.Itu semua anda penting untuk anda bertindak segera dapatkan rawatan dan bantuan kecemasan.

Macam mana nak kurangkan risiko kena strok

Kalau anda berumur lebih 55, lagi tinggi nak kena strok. Umur meningkat mendedahkan anda pada risiko strok. Ini memang tak boleh nak buat apa-apa.Satu lagi faktor yang anda tak boleh buat apa-apa adalah disebabkan keturunan. Ada sejarah keluarga kena strok. Tapi ada perkara yang anda boleh buat sesuatu untuk kurangkan risiko strok. Antaranya adalah seperti berikut;

  • Ubah menu makanan untuk elakkan tekanan darah dan kurangkan kolestrol.Kurangkan garam, lemak dan gula dari semua menu makanan anda. Pilih untuk makan ikan berbanding daging. Banyakan buah dan sayuran serta kekacang.
  • Bersenam - Nekadlah untuk amalkan senaman sebagai acara rutin harian hidup anda. Berjalan kaki secara pantas setiap hari adalah amalan paling mudah yang anda boleh segera buat.
  • Berhenti merokok - Ini yang payah nak buat. Kalau dah jadi perokok tegar memang susah nak buang tabiat merokok ni. Kalau nak kurangkan risiko strok, terpaksa nekad buang rokok. Cuch rokok boleh, tapi lepas cucuh, campak rokok tu jangan hisap.
  • Elakkan arak - Ini mudah untuk muslim yang taat. Memang tak pernah pekena arakpun. Tapi kalau anda ada minum arak, berhentilah! Itu yang terbaik!.

Jom sama-sama kita usahakan untuk jaga kesihatan. Elakkan kencing manis jika belum kena. Kalau dah kena, sabar dan ubah gaya hidup untuk elakkan strok.

Kencing Manis : Dilema Mati Pucuk

Dr Mohamed Rafi Feizal dan Dr Ummul Wahiy Abdul Hakim - Pakar Obstetrik & Gineknologi Hospital Umra

Secara umumnya, lemah tenaga batin atau lebih dikenali sebagai mati pucuk adalah keadaan yang merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks. Dalam istilah perubatan dikenali sebagai ‘impotensi’. Mati pucuk ialah kecacatan yang serius yang di mana ia boleh meruntuhkan sesebuah institusi perkahwinan kerana pasangan tidak mendapat zuriat.

Menurut kajian dan sumber yang boleh dipercayai, pada masa ini lebih kurang tiga juta rakyat Malaysia mengalami masalah mati pucuk (erectile dysfunction - ED).

Simptom mati pucuk misalnya seseorang lelaki tidak berupaya untuk mencapai dan mengekalkan ketegangan, ketegangan tidak memadai untuk penetrasi dalam hubungan seks atau ketidakupayaan dalam mengekalkan ketegangan selepas penetrasi untuk mencapai kepuasan hubungan seks.

Bagaimana zakar menegang

Lelaki yang normal selalunya apabila terangsang, isyarat akan dihasilkan daripada otak dan dihantar ke jantung untuk memberi arahan mengepam darah dengan segera ke saluran darah di bahagian zakar. Ini dibuktikan dengan dengupan jantung anda yang semakin laju dan kuat.

Darah yang dipam akan memasuki saluran darah pada Corpus Cavernosum. Ereksi akan berlaku dan zakar akan menjadi keras.

Faktor masalah ereksi

Perjalanan darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol dalam darah yang luar biasa tingginya. Diabetes (kencing manis) adalah satu-satunya masalah utama yang boleh dikaitkan dengan lemah tenaga batin.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, antara sebab mati pucuk adalah seseorang itu mengalami penyakit mental (kemurungan dan kebimbangan), kecederaan pada otak dan saraf tunjang, masalah kekurangan paras hormon testosterone, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang, penyakit Parkinson, angin ahmar, komplikasi pembedahan kelenjar prostat atau pundi kencing, kesan sampingan ubat-ubatan, cara hidup yang tidak sihat seperti merokok dan kurang aktiviti fizikal.

Ubat yang diberikan doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan. Oleh itu, adalah baik jika pesakit berbincang dengan doktor kesan sampingan sebelum mula mengambilnya.

Pesakit dengan masalah jantung sering diberikan ubat yang mengandungi nitrat. Bahan aktif dalam ubat mati pucuk (seperti Sildenafil Citrate) mampu berinteraksi dengan nitrat dan melegakan tekanan darah ke aras berbahaya dan boleh membawa maut.

Cara atasi masalah ini

Dengan kemajuan teknologi perubatan yang ada pada masa kini, kita mempunyai pilihan yang pelbagai seperti merawat menggunakan dadah atau ubat-ubatan, terapi suntikan, farmakoterapi melalui saluran kencing dan pembedahan implan zakar.

Jika dilihat pada senario ini, seharusnya masyarakat kita terutama golongan yang berkahwin sewajarnya mengambil serius untuk mengatasi masalah ini dari awal.

Ini kerana dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan menghindari aktiviti yang boleh menyumbang kepada masalah mati pucuk, adalah sangat baik seperti kata pepatah ‘mencegah lebih baik daripada merawat’ dalam konteks kerohanian rumah tangga.

Fenomena Fajar: Kesan Terhadap Kencing Manis

Semua orang boleh mengalami fenomena fajar. Walau bagaimanapun, keadaan ini lebih berisiko untuk orang yang menghidap kencing manis. Itulah sebabnya tidak beberapa orang yang menghidap diabetes atau pesakit kencing manis menggunakan insulin untuk mengawal gula darah mereka pada waktu subuh.

Apakah fenomena fajar?

Fenomena fajar adalah peningkatan drastik dalam keadaan gula darah (umumnya sekitar 10-20 mg / dL) yang biasanya berlaku dari 2 hingga 8 pagi.

Keadaan ini berlaku kerana gula darah anda boleh turun sangat rendah pada tengah malam, sementara badan meningkatkan hormon pertumbuhan (HGH), kortisol, glukagon, dan paras epinefrin sepanjang tidur. Peningkatan tahap hormon ini boleh meningkatkan ketahanan insulin, yang menghalang tubuh anda daripada menurunkan glukosa darah secara semulajadi.

Seseorang yang mengalami rintangan insulin biasanya menghasilkan lebih banyak insulin daripada yang diperlukan. Akibatnya, tubuh tidak boleh menyerap gula dalam darah secara berkesan untuk digunakan sebagai tenaga. Inilah yang boleh menyebabkan peningkatan gula darah yang sangat tinggi.

Fenomena fajar adalah lebih biasa pada orang yang menghidap kencing manis 1 kerana tubuh mereka tidak menghasilkan insulin sama sekali. Walau bagaimanapun, ia masih mungkin untuk pesakit diabetes jenis 2 mengalami perkara yang sama. Ini kerana dengan diabetes jenis 2 menghasilkan insulin yang sangat kecil dalam badan pesakit, jadi insulin tidak dapat digunakan dengan berkesan.

Faktor lain yang boleh meningkatkan risiko fenomena fajar

Selain daripada perubahan hormon semula jadi, gula darah tinggi pada waktu pagi juga mungkin disebabkan oleh perkara lain. Terutama jika pengurusan diabetes anda buruk, seperti masih makan makanan berkarbohidrat tinggi yang kosong dan jarang bersenam. Termasuk juga jadual kelewatan mengambil ubat.

Fenomena subuh juga boleh berlaku jika anda menggunakan terlalu banyak insulin pada malam sebelumnya, jika anda tidak cukup makan sebelum tidur, atau kerana anda mengalami dehidrasi pada waktu pagi. Dehidrasi boleh meningkatkan paras gula darah kerana badan tidak mempunyai cecair sehingga darah menjadi lebih likat.

Mengawal paras gula dalam darah untuk mengelakkan fenomena fajar

Tahap gula darah yang meningkat pada waktu pagi boleh memberi kesan negatif terhadap keadaan orang yang menghidap kencing manis. Jadi untuk mendiagnosis fenomena subuh, doktor mungkin akan meminta anda untuk terus mengawasi tahap gula anda antara 2 dan 3 pagi untuk beberapa hari berturut-turut.

Selain rutin mencatat gula darah anda, doktor anda juga boleh meminta anda merekod apa yang anda makan dan jadual untuk mengambil ubat atau suntikan insulin. Ini membantu doktor menentukan sama ada penyebab gula darah anda adalah perubahan hormon semula jadi atau disebabkan oleh perkara lain. Sekiranya ia konsisten tinggi semasa tempoh ini dan tiada faktor pencetus lain dijumpai, maka anda menghadapi fenomena fajar.

Menggunakan maklumat ini, doktor anda akan menyesuaikan dos ubat diabetes anda atau insulin, menggantikannya dengan ubat lain, atau menerangkan penggunaan pam insulin supaya badan anda dapat menguruskan insulin lebih baik pada waktu pagi.

Penghidap diabetes juga dinasihatkan untuk tidak makan malam terlalu lewat dan melakukan aktiviti fizikal selepas makan malam untuk mengekalkan kadar gula darah mereka.

Graviti Mempengaruhi Kencing Manis - Apakah ujian graviti khusus air kencing?

Apa gunanya?
Prosedur
Bersedia untuk ujian
Memahami dan menafsirkan hasilnya
Bagaimana untuk menurunkan graviti tertentu
Outlook

Isi kandungan

Tujuan
Prosedur
Persediaan
Keputusan
Menurun graviti tertentu
Outlook


Ujian graviti spesifik air kencing membandingkan ketumpatan air kencing dengan ketumpatan air. Ia membolehkan para doktor melihat kepekatan semua zarah yang terdapat di dalam air kencing.


Ujian graviti spesifik air kencing membandingkan ketumpatan air kencing dengan ketumpatan air. Ia membolehkan para doktor melihat kepekatan semua zarah yang terdapat di dalam air kencing.

Ujian ini melibatkan pengumpulan sampel air kencing yang akan membantu memberi gambaran kepada doktor tentang fungsi ginjal dan status penghidratan seseorang.

Apa gunanya?

Ujian graviti spesifik air kencing boleh mendiagnosis masalah buah pinggang.

Gambarajah: urine


Ujian graviti khusus air kencing memberikan maklumat tentang bagaimana buah pinggang menumpukan urin dan status hidrasi seseorang.

Fungsi utama buah pinggang adalah mengekalkan keseimbangan cecair dan elektrolit yang sihat. Buah pinggang mengeluarkan air dan mineral yang berlebihan daripada badan dalam bentuk air kencing. Apabila badan memerlukan lebih banyak air, buah pinggang mengekalkan cecair.

Seorang doktor akan menggunakan ujian graviti khusus air kencing jika mereka mengesyaki bahawa seseorang telah dehidrasi, telah merosakkan fungsi buah pinggang, atau mempunyai keadaan yang boleh mengubah status bendalir badan, seperti diabetes insipidus.

Prosedur


Ujian ini tidak sepatutnya tidak selesa dan biasanya ringkas. Doktor mungkin meminta beberapa ujian graviti spesifik air kencing dalam satu hari untuk melihat seberapa baik buah pinggang mengimbangi masalah yang mungkin.

Seseorang mungkin diminta untuk mengumpul spesimen "tangkapan bersih" agar tidak mencemarkan sampel dengan bakteria dari kulit.

Untuk mengumpul spesimen tangkapan yang bersih, seseorang mesti membersihkan kawasan uretra sebelum membuang air kecil, kemudian mengumpul sampel air kencing di dalam sampel spesimen.

Doktor akan menghantar sampel air kencing ke makmal untuk ujian. Juruteknik makmal melakukan ujian menggunakan refractometer, yang memperlihatkan cahaya ke dalam sampel dan membantu menentukan kepadatan air kencing.

Kurang biasa, seorang juruteknik boleh menggunakan kaedah dipstick. Dipstick akan menukar warna mengikut kandungan air kencing.

Uji kencing untuk diabetes: Apa yang anda perlu ketahui

Uji air kencing boleh digunakan untuk membantu mendiagnosis banyak keadaan, termasuk kencing manis. Ketahui lebih lanjut di sini.

Baca sekarang

Bersedia untuk ujian

Elakkan bit sebelum ujian graviti spesifik air kencing.
Penyediaan ujian graviti khusus air kencing biasanya mudah dan mudah. Seseorang mungkin perlu berhenti mengambil ubat-ubatan tertentu sebelum ujian, terutama yang mengandungi sukrosa.

Orang harus mengelakkan sebarang makanan yang boleh mengubah warna air kencing selama beberapa hari sehingga ujian. Makanan ini termasuk:

  • bit
  • blackberry
  • kacang fava
  • wortel
  • rhubarb


Orang juga harus membiarkan doktor mengetahui jika mereka baru-baru ini menerima pewarna kontras intravena untuk ujian perubatan.

Memahami dan menafsirkan hasilnya


Walaupun ia berbeza sedikit antara makmal yang berbeza, nilai graviti spesifik air kencing normal antara 1.002 dan 1.035.

Seorang doktor akan menerangkan keputusan seseorang kepada mereka, terutamanya jika nilai itu berada di luar julat normal.

Urine cenderung menjadi lebih gelap dan mempunyai graviti khusus yang lebih tinggi apabila seseorang tidak menggunakan cecair yang mencukupi. Urin lebih ringan dan mempunyai graviti spesifik yang lebih rendah apabila seseorang terhidrasi dengan baik.

Ujian graviti spesifik air kencing boleh memberikan ukuran yang lebih tepat mengenai kepekatan air kencing daripada hanya melihat warna sahaja.

Punca bacaan yang tinggi dan rendah

Kegagalan buah pinggang boleh menyebabkan graviti tertentu yang rendah.


Dalam kes graviti yang tinggi, seseorang mungkin sedikit kering dan perlu minum cecair lebih jelas.


Dalam kes graviti yang tinggi, seseorang mungkin sedikit kering dan perlu minum cecair lebih jelas.

graviti yang tinggi, seseorang mungkin sedikit kering dan perlu minum cecair lebih jelas.

Dalam kes graviti tertentu yang rendah, seseorang boleh minum terlalu banyak cecair atau mempunyai keadaan yang membuat mereka haus.

Ujian lanjut sering diperlukan untuk menentukan sama ada keadaan jantung, masalah buah pinggang, atau gangguan metabolik adalah punca akibat yang tidak normal.

Graviti spesifik yang rendah menunjukkan bahawa air kencing terlalu cair.

Keadaan yang menyebabkan graviti spesifik yang rendah termasuk:

  • diabetes insipidus
  • kegagalan buah pinggang
  • minum terlalu banyak cecair kerana kenaikan dahaga
  • kerosakan kepada sel tubular buah pinggang


Graviti spesifik yang tinggi menunjukkan bahawa air kencing terlalu tertumpu.

Keadaan yang menyebabkan graviti spesifik yang tinggi termasuk:

  • dehidrasi
  • cirit-birit atau muntah yang mengakibatkan dehidrasi
  • kegagalan jantung kongestif
  • terkejut


Bahan-bahan yang berlebihan dalam air kencing juga boleh menyebabkan graviti spesifik yang tinggi.

Bahan termasuk:

  • glukosa
  • protein
  • sel darah merah atau putih
  • bakteria


Doktor boleh melakukan ujian air kencing tambahan, termasuk urinalisis, budaya air kencing, osmolality urine, pH urine, atau ujian ketone. Keputusan dari ujian-ujian ini akan membantu doktor membuat diagnosis yang tepat.

Bagaimana untuk menurunkan graviti tertentu

Jika seseorang mempunyai berat badan yang tinggi kerana dehidrasi, maka doktor mungkin akan menasihati mereka untuk minum lebih banyak cecair.

Jika seseorang mengalami dehidrasi atau tidak dapat minum, doktor boleh memberikan cecair intravena.

Outlook


Uji graviti khusus air kencing adalah ujian mudah yang melihat kepekatan air kencing seseorang. Ujian adalah mudah dilakukan tetapi mungkin melibatkan perubahan makanan sementara atau menghentikan ubat-ubatan tertentu.

Kepekatan air kencing menunjukkan betapa ginjal berfungsi atau mungkin menunjukkan keadaan mendasar yang mengubah status cecair badan.

Seseorang biasanya boleh merawat dehidrasi ringan dengan meminum lebih banyak cecair. Dalam kes yang teruk, seseorang mungkin memerlukan cairan intravena.

Dalam kes overhydration, seorang doktor akan mengesyorkan ujian lanjut untuk mendiagnosis sebab dan menggariskan pelan rawatan.

Kiamat Dah Dekat: Malaysia mempunyai kadar diabetes tertinggi di Asia

KUCHING: Malaysia mempunyai jumlah penghidap penyakit kencing manis atau diabetes yang tertinggi di Asia dan antara yang tertinggi di dunia selepas Arab Saudi, kata pengerusi eksekutif Institut Diabetes Kebangsaan (NADI) Datuk Dr Mustaffa Embong.

Beliau berkata kira-kira 2.5 juta orang dewasa di Malaysia berusia 18 ke atas menghidapi penyakit diabetes dan statistik dalam rekod NADI menunjukkan hampir separuh daripada rakyat Malaysia tidak sedar mereka menghidap diabetes.

"Kebanyakan diabetes Jenis 2 langsung tidak meunjukkan sebarang gejala, sehinggalah anda terkena serangan jantung, strok, buah pinggang bermasalah, menjadi buta dan terpaksa dilakukan amputasi," katanya.

Beliau memberitahu Bernama ketika ditemui pada Persidangan dan Perbincangan Agung Komplikasi Diabetes ke-10 (DCOM 2018) di sini pada Selasa.

Justeru, kata Dr Mustaffa, diabetes merupakan satu daripada masalah kesihatan yang kenali sebagai pembunuh senyap atau 'silent killer'.

"Justru, pada persidangan ini, pelbagai topik berkaitan aspek perubatan dan rawatan baharu untuk mereka yang menghidap diabetes akan dikemukakan bagi menangani masalah itu," katanya.

Sebanyak 11 pakar dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Eropah dan Asia akan membentangkan topik masing-masing pada persidangan dua hari itu yang dihadiri kira-kira 200 peserta terdiri daripada pengamal perubatan. -- Bernama

PERTAMA DALAM DUNIA: VAKSIN KENCING MANIS MULAI DIUJI KEPADA MANUSIA

tanggapan salah diabetes,

Para saintis di Amerika telah mula menjalankan percubaan fasa kedua untuk membuktikan keberkesanan vaksin diabetes. Vaksin generik ini telah diluluskan untuk ujian manusia sejak hari ini.

Vaksin generik dipanggil bacillus Calmette-Guerin yang dibangunkan oleh Dr. Denise Faustman. Lelaki yang berkhidmat sebagai pengarah Makmal Imunobiologi di Massachusetts General Hospital menemui vaksin untuk merawat pesakit diabetes jenis I.

Kelulusan untuk percubaan fasa kedua telah diberikan oleh Agensi Pemantauan Makanan dan Dadah di Amerika Syarikat (FDA) pada 7 Jun, 2015. FDA menganggap bahawa vaksin ini adalah satu-satunya yang boleh menunjukkan pembalikan fungsi kerja pankreas dalam ujian haiwan sebelum itu.

Para saintis yang menjalankan perbicaraan akan memilih sekumpulan pesakit diabetes jenis I untuk menguji vaksin. Pemerhatian akan dibuat untuk pesakit-pesakit ini dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dilaporkan melalui Pemeriksa, Isnin 8 Jun 2015, saintis akan memilih sekumpulan pesakit kencing manis berumur 18 hingga 60 tahun. Para penyelidik akan menilai keberkesanan vaksin dalam seberapa banyak populasi yang mungkin.

Sebagai langkah pertama, 150 peserta akan menerima suntikan pertama yang akan bekerja selama dua minggu. Selepas itu, suntikan seterusnya akan diberikan setiap tahun selama empat tahun berturut-turut.

Gejala khas pesakit kencing manis jenis I berbeza dari jenis II. Pesakit diabetes jenis I benar-benar tidak dapat menghasilkan insulin pada selang tidak terurus, kerana kegagalan fungsi Langerhans dalam pankreas. Jenis I sering bergantung kepada suntikan insulin, berbeza dengan diabetes jenis II yang masih boleh menggunakan ubat secara oral.

Para penyelidik bersetuju untuk menguji vaksin ini, kerana FDA sebelum ini menyatakan kelulusannya. Vaksin ini juga terbukti berfungsi dengan berkesan terhadap kanser pundi kencing dan tuberkulosis.

Dianggarkan, vaksin ini juga akan berkesan untuk pesakit kencing manis, kerana ia adalah salah satu penyakit autoimun. Ujian haiwan menunjukkan penyembuhan lengkap dan pembalikan fungsi kerja pankreas untuk masa yang lama untuk pesakit diabetes jenis I.

Percubaan manusia ini tidak bertujuan untuk menghilangkan diabetes jenis I sepenuhnya, walaupun ia mungkin berlaku. Langkah pertama adalah untuk mengukur keberkesanan vaksin untuk menjadi tahap insulin. Idea asas adalah untuk menyediakan rawatan yang selamat dan terkawal pada pesakit diabetes jenis I.

Para saintis meramalkan, jika percubaan manusia ini berjaya, vaksin itu mungkin akan siap dipasarkan kepada orang ramai dalam tempoh 10 tahun ke depan.

Minum 20 Liter air untuk terus hidup

SEORANG lelaki dari Jerman terpaksa minum seba­nyak 20 liter air setiap hari bagi mengelakkan dia mati gara-gara dehidrasi.

Lelaki itu, Marc Wubbenhorst, 35, terpaksa meminum sejumlah air yang banyak setiap hari kerana menghidap diabetes insipidus iaitu satu keadaan luar biasa yang menyebabkan ketidakseimbangan air dalam tubuhnya.

 

Masalah yang dihadapi Wubbenhorst itu sungguh rumit sehinggakan dia boleh mati kerana kehila­ngan air dalam badan hanya dalam masa beberapa minit sahaja.

Menurut Wubbenhorst, dia akan berasa dahaga pada setiap masa walaupun selepas meminum air beberapa minit yang lalu.

Tidak seperti individu normal yang lain, Wubbenhorst yang me­rupakan seorang arkitek perlu minum sekurang-kurangnya dua gelas besar air selang beberapa minit kerana berasa dahaga yang melampau.

Halusinasi

Tubuhnya tidak mampu ­me­­nyim­pan air kerana air yang diminum akan diproses oleh buah pinggang dan dikeluarkan semula melalui air kencing dengan cepat.

Pernah suatu hari Wubbenhorst terlalu sibuk dengan kerja dan tidak meminum air dalam tempoh lebih satu jam.

“Ketika itu saya terlalu sibuk dengan kerja walaupun tekak berasa sangat dahaga dan kering,” ujar Wubbenhorst.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menaiki kereta api, dia mula mengalami gejala dehidrasi yang teruk seperti bibir menjadi kering serta mengelupas, berasa pening dan mengalami halusinasi.

Malangnya pada ketika itu, Wubbenhorst tidak membawa air di dalam beg kerjanya. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila kereta api yang dinaikinya mengalami gangguan teknikal dan berhenti di atas landasan laluan bawah ta­nah lebih 30 minit.

Gara-gara mengalami dehidrasi yang teruk, Wubbenhorst ­akhirnya pengsan di dalam kereta api, namun dia bernasib baik apabila terdapat seorang doktor yang kebetulannya berada di dalam gerabak yang sama datang membantu menyelamatkan nyawanya.

Wubbenhorst mula dikesan menghidap masalah diabetes insipidus sejak kecil lagi. Semasa zaman kanak-kanaknya, Wubbenhorst tidak dapat bermain seperti rakan-rakan sebayanya yang lain kerana kerap berasa letih dan akan pengsan.

Semasa bermain, hampir setiap saat dia akan berasa cepat dahaga dan kerap membuang air kecil di dalam keluar kerana tidak mampu menahan kencing.

Kencing 50 kali sehari

Situasi itu membuatkan Wubbenhorst berasa sungguh tertekan dan malu terhadap rakan-rakannya kerana sering diejek dan diketawakan.

“Saya tidak mahu pergi ke tadika dan berkawan dengan sesiapa pun pada waktu itu,” ujar Wubbenhorst.

Setiap hari, Wubbenhorst akan memulakan harinya dengan me­minum sebotol besar air sebaik sahaja bangun daripada tidur dan akan segera ke tandas beberapa minit kemudian kerana berasa tidak tahan untuk membuang air kecil.

Pada waktu malam merupakan saat paling sukar dalam hidup Wubbenhorst apabila mendakwa hanya mampu tidur lebih kurang selama dua jam sahaja gara-gara kerap terjaga kerana berasa dahaga dan akan ke tandas untuk kencing.

Secara keseluruhannya, Wubberhorst akan membuang air kecil lebih daripada 50 kali sehari sehingga membuatkan badannya kekurangan air.

Masalah yang dihadapi Wubberhorst juga menyukarkan dia untuk membuat perjalanan jarak jauh seperti menaiki kapal terbang kerana bimbang sebarang masalah akan timbul dan dia tidak tahu bagaimana untuk menguruskan keadaan kecemasan semasa dalam penerbangan.

Jika hendak keluar ke mana-mana, Wubberhorst akan membawa sekurang-kurangnya tiga botol besar air minuman dan memerlukan 10 liter air dalam tempoh 12 jam untuk meneruskan hidupnya.

Wubbenhorst alami sejenis penyakit ganjil yang dikenali sebagai diabetes insipidus yang menyebabkan tubuhnya membuang banyak air sekali gus menyebabkan dia sentiasa berasa dahaga.

Cara pelik merawat kencing manis

Lintah untuk sedut penyakit kencing manis

MENGIKUT rekod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setakat ini ada lebih 6,000 penyakit pelik atau jarang ditemui yang biasanya membabitkan antara 0.62 hingga satu kes bagi setiap 1,000 orang.

Daripada angka itu, China menjadi negara yang paling banyak mempunyai penyakit pelik dengan hampir 10 juta penduduknya menghidap penyakit pelik dan berdepan kesukaran menerima diagnosis dan rawatan sesuai.

Kebanyakan penyakit pelik yang dikesan di China berkait rapat dengan genetik.

Kehadiran penyakit pelik juga menyaksikan bermacam-macam rawatan pelik. Hampir setiap negara di dunia mempunyai cara rawatan atau perubatan yang pelik, sama ada ia dikategorikan sebagai rawatan alternatif atau berdasarkan kepercayaan masyarakat.

Apa yang menjadikan ia bertambah pelik apabila membabitkan bahan yang dianggap ramai sebagai najis dan disangkal dunia perubatan moden atas faktor kebersihan, keberkesanannya dan juga memudaratkan pesakit.

Lintah untuk sedut penyakit kencing manis
Lintah untuk sedut penyakit kencing manis

Lintah sedut penyakit

Jika di negara kita, rawatan yang boleh dianggap pelik adalah rawatan bekam lintah. Jika diamati ia agak menggelikan, selain persoalan sejauh mana keberkesanannya, namun rawatan bekam lintah dikatakan mampu mengubati penyakit kencing manis, darah tinggi, resdung, migrain dan terbaharu ada yang mendakwa ia berkesan merawat kanser.

Lintah akan dibiarkan di kawasan muka atau kawasan lain tubuh dalam tempoh tertentu untuk menyedut darah pesakit. Tetapi ada pertikaian dari segi kebersihan. Adakah lintah itu hanya digunakan sekali saja untuk seorang pesakit atau lintah yang sama digunakan untuk 'merawat' ramai pesakit.

Jika ia digunakan secara berulang, bukankah ia mengundang bahaya seperti berlaku pemindahan penyakit. Itu satu contoh rawatan yang boleh dianggap pelik tetapi ia belum cukup pelik berbanding pelbagai jenis rawatan yang diamalkan segelintir pihak di seluruh dunia.