Tips: 7 Bahan Pengganti Gula Untuk Diabetes, 4,5,6 Memang Rare.

Assalammualaikum semua, Hai gais, Selamat pagi korang, rupa-rupanya terdapat banyak bahan pengganti gula untuk diabetes.

Di Asia gula pasir biasanya dibuat dari tumbuhan tebu adalah jenis pemanis yang paling banyak digunakan. Hampir setiap hari korang mengambil gula, baik dalam campuran masakan, minuman, dan pencuci mulut.

.
.

Tetapi seharusnya, korang perlu memberi perhatian kepada jumlah penggunaan. Kerana gula sangat cepat diserap oleh tubuh dan meningkatkan kadar glukosa dalam darah.

.
.

Untuk mengelakkan risiko pengambilan glukosa berlebihan, gais boleh menggantikan gula dengan pemanis lain yang mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah. Indeks glisemik adalah skala mengukur seberapa cepat karbohidrat yang digunakan meningkatkan glukosa darah.

.
.

Skala adalah 1-100. Jadi, makanan yang indeksnya masih di bawah 55 dianggap tidak mempengaruhi gula darah dan pengeluaran insulin dalam badan. Nah, ini adalah 7 pemanis untuk menggantikan gula yang boleh korang gunakan.

.
.

1- Daun Stevia

gula untuk diabetes, stevia banyak diamalkan ramai oleh masyarakat malaysia.

.
.

Stevia adalah tumbuhan yang tumbuh di negara-negara tropika, salah satunya adalah Malaysia. Walau begitu, tidak ramai yang biasa dengan daun ini, kerana stevia adalah pengganti baru untuk pemanis.

.
.

Kelebihan pemanis stevia bebas daripada kalori dan gula, menjadikannya selamat untuk pesakit kencing manis. korang yang ingin mengurangkan penggunaan gula atau sedang menjalani diet juga boleh menggunakan tumbuhan ini. Kini terdapat serbuk seperti serbuk stevia.

.
.

2. Sirap Jagung

gula untuk diabetes, sirap jagung biasanya digunakan di negara barat, namun rakyat malaysia boleh amalkanya.

.
.

Sirap jagung tinggi fruktosa ini digunakan secara meluas sebagai pemanis buatan dalam makanan olahan atau minuman botol. Ia mengandungi banyak glukosa. Sesetengah glukosa boleh ditukar dengan bantuan enzim untuk membentuk fruktosa.

.
.

Walaupun ia boleh menjadi pengganti gula untuk diabetes, penggunaan berlebihan sirap jagung juga tidak digalakkan. Penyelidikan menunjukkan bahawa penggunaan sirap jagung fruktosa tinggi dikaitkan dengan obesiti dan masalah kesihatan lain, seperti penyakit jantung dan diabetes.

.
.

3- Madu

gula untuk diabetes, dihasilkan dari ekstrak bunga dikumpulkan oleh lebah,

Madu dihasilkan dari ekstrak bunga yang dikumpulkan oleh lebah, ekstrak itu ditukar menjadi sirup sebagai bahan makanan untuk koloni lebah. Rasa manis menjadikan madu sering digunakan sebagai pengganti gula untuk diabetes.

.
.

Sebenarnya, jumlah kalori dalam madu lebih tinggi daripada gula. Perbezaannya, madu tidak meningkatkan gula darah dalam masa yang cepat. Kelebihan lain adalah kandungan vitamin B dan C yang baik untuk imuniti, dan kalium untuk melegakan sakit tekak.

.
.

4- Sirap maple

.
.

gula untuk diabetes, Satu sirap maple mengandungi kalori dan  karbohidrat.

Sirap ini adalah ekstrak sap kayu maple. Satu sudu sirap maple tulen mengandungi 52 kalori dan 13.5 gram karbohidrat. Sekitar 12.4 gram kandungan karbohidrat adalah sukrosa.

.
.

gula untuk diabetes, Satu sirap maple mengandungi kalori dan  karbohidrat.

Jumlah sukrosa ini lebih rendah daripada madu. Di samping itu, sirap maple juga mengandungi zink, magnesium, dan besi yang baik untuk penentangan tubuh.

.
.

.
.

5- Agave Nectar

.
.

gula untuk diabetes, Nektar Agave mempunyai banyak kelebihan berbanding gula.

Nektar Agave mempunyai banyak kelebihan berbanding gula. Antaranya ialah indeks glisemik yang rendah dan boleh mengurangkan kepekaan insulin (jangan meningkatkan gula darah dengan cepat). Kerana, madu agave lebih banyak kandungan fruktosa daripada gula.

.
.

Proses menjadikan madu agave lebih lama. Sirap ini dihasilkan dari tumbuhan yang sama dengan tequila, maka ia mesti melalui satu siri proses supaya karbohidrat dapat dipecah menjadi gula. Jumlah kalori hampir sama dengan madu, perbezaan antara nektar agave tidak mengandungi antioksid.

.
.

6- Sirap Beras Rendah Kalori

.
.

gula untuk diabetes, Sirap beras merah sesuai  yang mencari gula alternatif,

Sirap beras merah sesuai untuk korang yang mencari gula alternatif gula untuk diabetes, kerana ia adalah rendah kalori. Rasanya seperti karamel dan butchercotch. Satu sudu sirap beras coklat mengandungi hanya 13 kalori. Selain rendah kalori, sirap ini mempunyai bahan-bahan lain seperti magnesium, zink, dan vitamin.

.
.

7- Gula Melaka

.
.

gula untuk diabetes, Kandungan karbohidrat dan kalori adalah seperti gula.

Kandungan karbohidrat dan kalori gula Melaka adalah seperti gula. Dalam setiap sudu teh, gula aren dan gula putih mengandungi
16 kalori. Tetapi kadar kejayaan hanya 70-79 peratus, jauh lebih rendah daripada gula putih, iaitu 99-100 peratus.

.
.

Walaupun pengganti gula untuk diabetes, pemanis semulajadi tidak semestinya lebih sihat jika digunakan lebih banyak. Malah, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kandungan vitamin dan mineral antara gula tebu dan pemanis semulajadi yang lain.

.
.

Apabila dicerna dalam badan, kedua-duanya akan menjadi glukosa dan fruktosa. Jadi pengambilannya mesti tetap diatur, ya!

Ada yang nak pecah kepala sebab terlalu sangat saintifiknya?
diharap korang semua dapat sesuatu dari artikal ini,

Nak tak lagi encik Aiyeam kongsikan lagi artikel yang menarik, jika nak, sila komen 'Saya Nak'.

Tips: 5 Cara Elak Luka Diabetes Yang Ramai Lepas Pandang.

hai gais, berikut perkara yang perlu korang elakkan atau bagi pesakit diabetes ialah elak luka diabetes. Bak kata pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada merawat’.

Berikut adalah lima cara yang dapat anda lakukan untuk mengelakkan diri anda daripada mendapat luka, lebih-lebih lagi di bahagian kaki:

1- Pemeriksaan Yang Kerap

Elak Luka Diabetes,

Langkah pertama untuk elak luka diabetes Periksa tubuh korang terutamanya di setiap celah jari kaki dan tapak kaki supaya korang sedar jika kewujudan luka kecil.

Korang boleh gunakan cermin untuk melihat pada bahagian yang sukar dilihat.

2- Pastikan Kulit Bersih Setiap Hari

Elak Luka Diabetes

Elak luka diabetes seterusnya, korang mandi secara cermat dan sekata agar keseluruhan badan korang menjadi bersih terutama di bahagian celahan anggota.

3- Sapu Losyen

Elak Luka Diabetes

Pastikan kulit korang tidak kering dan sapu losyen untuk kekalkan kelembapan kulit.

Namun, jangan biarkan kulit korang basah ye, terutama di bahagian kaki.

Kaki korang yang basah, terutama di celah jari, akan berisiko terkena jangkitan kulat (fungus) tau.

4- Kasut yang Bersih dan Selesa

Pastikan korang pakai kasut yang bersih dan selesa untuk kaki korang. Pemilihan kasut yang bersesuaian juga sangat penting untuk elakkan luka.

Antara ciri kasut yang sesuai bagi korang atau pesakit kencing manis ialah bertutup, tapak rata atau sedikit tumit, tapak dalam kasut lembut,

kasut yang diperbuat daripada getah dan sentiasa berstokin atau kasut yang menyerap peluh.

Dan, sangat penting untuk pastikan tidak ada jahitan atau lipatan tajam yang boleh menyebabkan kaki korang luka tau.

5- Kuku Sentiasa Pendek

Elak Luka Diabetes

Akhir sekali untuk elak luka diabetes, Pastikan kuku korang sentiasa dipotong pendek dan bersih.

Potong kuku dengan cermat agar tidak tertinggal serpihan kuku di celah kulit yang boleh mengakibatkan cekam.

Ini kerana, cekam boleh menyebabkan jangkitan tau korang.

PENGENALAN LUKA

Tercedera semasa menjalankan aktiviti harian merupakan perkara biasa di kalangan kebanyakan orang.

Jenis kecederaan yang paling kerap dialami adalah luka dan melecet dan ianya boleh berlaku ketika melakukan kerja rumah, berkebun, atau semasa mengendalikan peralatan bermesin.

Kanak-kanak sering mendapat luka semasa bermain sesama sendiri, menjalankan aktiviti sukan atau akibat terjatuh ketika menunggang permainan beroda, seperti basikal, skuter, atau ‘skateboards’.

Luka merupakan hirisan yang terjadi pada kulit  yang biasanya disebabkan oleh objek yang tajam seperti pisau atau sekeping kaca.

Kebanyakan luka adalah kecil dan boleh dirawat sendiri di rumah.

7 CEGAH KECEDERAAN KAKI KENCING MANIS

cegah kecederan kaki,, dengan mengamalkan diet yg sihat dan kerap membuat pemeriksaan doktor..

Cegah kecederaan kaki , Bagi pesakit kencing manis, luka ibarat satu ‘sumpahan’ dan wajib dielak.

Meskipun kecederaan dialami sekecil luka melepuh ketika mengenakan sepatu, ia boleh menjadi komplikasi rumit termasuklah kehilangan anggota bahagian berkenaan.

Berikut adalah 7 tips pencegahan kecederaan kaki yang boleh kalian amalkan.

cegah kecederan kaki, gula

1- Kawalan paras glukos yang baik

Matlamat pengurusan diabetes adalah mencapai kawalan glukosa darah yang optimum kerana ini akan membantu mencegah komplikasi jangka panjang dan pendek.

Oleh itu, ujian pemantauan glukosa darah yang berkala memberitahu sama ada rawatan yang diikuti mencukupi untuk mengawal aras glukosa darah atau pesakit perlu mengubah rawatan mereka.

cegah kecederan kaki,, dengan mengamalkan diet yg sihat  dan kerap membuat pemeriksaan doktor..

2- Pemeriksaan sendiri kaki secara berkala

Waspadalah terhadap kebas pada kaki. Salah satu gejala paling awal dan paling biasa neuropati periferal ialah kehilangan deria rasa dan kebas pada kaki.

Rasa kebas boleh bermula dari jari kaki, kemudian kaki seperti stokin kaki yang sedang dipakai.

Biasanya, gejala ini berlaku pada kedua-dua kaki, walaupun mungkin deria rasa lebih jelas pada satu kaki dahulu.

cegah kecederan kaki, neuropati periferal ialah kehilangan deria rasa kaki

3- Mempunyai pengetahuan untuk mengenalpasti masalah kaki

Diantara pengetahuan untuk mengenalpasti masalah kaki adalah Ulser kaki (luka terbuka) adalah biasa dalam kalangan pesakit kencing manis, terutamanya mereka yang mempunyai masalah dalam saraf (neuropati periferal), bekalan darah ke kaki (penyakit vaskular periferal (PVD), atau kedua-duanya.

Orang yang mempunyai ulser disebabkan oleh kencing manis kadangkala memerlukan amputasi (pembedahan sebahagian daripada anggota badan).

Ulser kaki bukan sahaja menyebabkan kecacatan fizikal dan kehilangan kualiti hidup tetapi juga mengakibatkan beban ekonomi (kos penjagaan kesihatan, ketidakupayaan perindustrian).

Matlamatnya adalah untuk mencegah ulser kaki daripada berlaku.

Ulasan tentang kajian peringkat tinggi mendapati bahawa mendidik pesakit diabetes mengenai keperluan untuk menjaga kaki mereka seolah-olah meningkatkan pengetahuan dan tingkah laku dalam penjagaan kaki dalam jangka masa pendek.

Tiada bukti yang mencukupi yang menyatakan bahawa pendidikan sahaja, tanpa sebarang langkah-langkah pencegahan tambahan, akan mengurangkan ulser dan amputasi secara berkesan.

cegah  kecederaan  kaki, pilih kasut sesuai, jenis material dan saiz sesuai.

4- Pemilihan kasut yang sesuai

PEMAKAIAN KASUT YANG BETUL Kasut yang salah dari segi saiz, bentuk dan kepadanan boleh menimbulkan masalah pada kaki.

Kasut yang betul, walaupun tidak akan menyelesaikan masalah klinikal pada kaki, ia masih boleh mengurangkan masalah yang dihadapi.

Memilih kasut yang sesuai Semua diantara kita mempunyai kaki yang berbeza saiznya.

Dalam kaeadaan ini, belilah kasut berdasarkan saiz kaki yang sesuai dan selesa serta jangan terlalu ketat.

Dari segi potongannya pula, pastikan tapak kaki anda berpadanan dengan tapak kasut – hanya anda yang boleh menilai samada kasut yang dipilih itu selesa atau tidak. 

cegah kecederan kaki,,

5- Melakukan fizikal aktiviti yang

Elakkan aktiviti yang boleh mengurangkan peredaran darah ke kaki seperti:

  • Tekanan akibat kasut yang ketat
  • Duduk terlalu lama
  • Duduk bersilang kaki terlalu lama
  • Memakai seluar atau stoking kaki yang ketat
cegah kecederan kaki,  Elakkan aktiviti boleh mengurangkan peredaran darah kaki

6- Elakkan kecederaan dengan menjaga kebersihan persekitaran dan laluan perjalanan

Untuk mengelakkan kasut baru mencederakan kaki, pakai 1-2 jam sehari kemudian berselang seli dengan kasut yang lama dari hari ke hari hinggalah kasut baru itu menjadi sedikit longgar dan memberikan keselesaan pada kaki.

Gantikan kasut atau selipar yang telah haus tapaknya untuk mengelakkan kecederaan.

Kaki anda melambangkan kesihatan badan anda. Hargailah kaki anda dan berikan perhatian yang sewajarnya.

cegah kecederan kaki, berumur seawal 20 tahun /  ke atas perlu menjalani pemeriksaan

7- Pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya setahun sekali.

Individu berumur seawal 20 tahun dan ke atas kini perlu menjalani pemeriksaan saringan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Namun jika terdapat sejarah keluarga bagi penyakit kronik atau mempunyai fakta risiko kesihatan seperti berat badan berlebihan mereka disarankan berbuat demikian sekerap 6 bulan sekali.

Semoga tips ini dapat membantu dan meminimumkan kecederaan kaki kalian, kalian boleh kongsikan tips ini kepada orang yang tersayang, kawan-kawan dan kenalan.

9 Petua Rawat Kencing Manis Dari Bahan Dapur

Korang ada kencing manis atau orang tersayang korang ada menderita kencing manis? mari kami kongsikan petua rawat kencing manis menggunakan bahan yang ada di dalam dapur.

Korang atau orang tersayang korang menderita kencing manis? mari kami kongsikan petua rawat kencing manis menggunakan bahan yang ada di dalam dapur.

1. Lidah buaya

kencing manis,  jus lidah buaya berupaya meningkatkan kadar glukos dalam darah.

Terdapat beberapa kajian awal yang menyarankan pengambilan jus lidah buaya berupaya meningkatkan kadar glukos dalam darah, sekaligus merawat kencing manis.

Caranya:

  • Ambil 1 batang lidah buaya
  • Bersihkan dan kupas kulit serta durinya
  • Rendamkan selama 30 minit bersama air garam
  • Ramas dan bilaskan dengan air
  • Rebuskan bersama 3 gelas air sehingga mendidih
  • Setelah itu, biarkan seketika sehingga air sejuk
  • Amalkan minuman ini 3 kali sehari sebanyak ½ gelas
  • Lakukan ia secara konsisten supaya paras gula dapat dipulihkan menjadi normal kembali

2. Jus peria katak & epal hijau

kencing manis, mengandungi tiga zat aktif bersifat anti-diabetes termasuklah charatin

Buah ini mengandungi tiga zat aktif bersifat anti-diabetes termasuklah charatin telah disahkan mempunyai kesan merendahkan kadar glukos dalam darah, vicine dan sebatian insulin yang dikenali sebagai Polipeptida-P. Peria juga mengandungi lektin yang menurunkan kemampuan glukos dalam darah yang bertindak balas dengan tisu utama dan menghilangkan selera makan individu.

Lektin ini menjadi punca utama kepada perkembangan hipoglikemik. Salah satu cara yang boleh diamalkan dengan penggunaan peria katak dalam merawat diabetes ialah membuat jus peria katak bersama epal hijau.

Penyediaan jus ini bermanfaat kepada pesakit untuk menurunkan bacaan gula dalam darah. Ia bagi memastikan kadar gula dalam paras normal dan terkawal.

Bahan- bahannya:

  • Sebiji peria katak
  • Sebiji epal hijau
  • 4 cawan air kosong

Cara penyediaannya: Potong halus peria dan buah epal dipotong lalu dibuang bijinya. Kisarkan kedua-dua bahan bersama air kosong sehingga hancur.

Sebelum minum jus ini, tapis dahulu bagi membuang hampas buah-buah tersebut.

Diingatkan jangan mencampurkan gula kerana hilang khasiat peria tersebut dan kadar gula tidak dapat dikawal dengan baik.

Selain dari mencampurkan dengan epal hijau, ada juga variasi resepi dimana mencampurkan peria katak bersama daun saderi, timun dan cili benggala hijau.

Anda disarankan untuk mengamalkan jus ini setiap hari dan secara konsisten bagi mengawal kadar gula dalam darah dan merawat diabetes secara semula jadi.

3. Kulit kayu manis

kencing manis, mampu mengawal paras glukos dalam darah dan ejen terbaik.

Selain itu Kayu manis digunakan sebagai mekanisme rawat kencing manis, ia mampu mengawal paras glukos dalam darah dan ejen terbaik dalam melawan serangan penyakit diabetes ke atas tubuh badan kita.  

Banyak kajian telah menyarankan penggunaan kayu manis dalam meningkatkan paras glukos dalam darah dan juga meningkatkan keupayaan insulin darah.

Selain dari menjadi ejen terbaik untuk antioksidan badan, kayu Manis juga berupaya mencegah gejala diabetis.

Ia membantu dalam menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan tahap kepekaan badan kepada insulin dalam darah menjadi lebih baik dan supaya ia mampu menyeimbangkan kadar gula yang diperlukan badan.

Dengan mengamalkan kayu Manis dalam pemakanan, ia akan membantu mengurangkan jumlah glukos dalam darah dan ia sangat berkesan bagi penghidap diabetes.

Dengan itu, mereka dapat mengawal paras gula dalam darah sekaligus melawan penyakit tersebut.

Bahan-bahannya:

  • 3 batang kulit kayu manis
  • Sebiji lemon
  • Sadu sudu madu
  • 1 liter air

Caranya, hiris lemon. Masukkan lemon dan kulit kayu manis ke dalam periuk. Masukkan air. Rebus hingga mendidih. Minum satu cawan pagi dan malam.

4. Halia

kencing manis, mengawal kadar glisemik, penghasilan insulin dan mengelakkan masalah katarak mata

Petua merawat kencing manis seterusnya adalah dengan menggunakan halia.

Ia berupaya membantu pesakit diabetes dalam mengawal kadar glisemik, penghasilan insulin dan mengelakkan masalah katarak pada mata.

Sejak berzaman, halia telah dipraktikkan dalam perubatan dan menjadi bahan utama masakan dalam kalangan masyarakat Asia.

Pengkaji dari University of Sydney, Australia telah menemui bahawa ekstrak dari Halia Buderim (minyak Halia Australia) yang diperkaya dengan gingerol menjadi bahan utama yang mampu meningkatkan kadar glukos dalam sel otot tanpa penggunaan insulin sekaligus mengawal paras gula menjadi normal.

Halia juga membantu dalam meningkatkan kepekaan insulin dan melindungi individu daripada penyakit diabetes.

Satu kajian berkaitan dengan penyakit kencing manis tahap 2 membuktikan bahawa 2g serbuk halia diperlukan setiap hari dapat menurunkan paras gula dalam salur darah sebanyak 12%.

Ia juga dapat meningkatkan kadar gula dalam tempoh jangka masa panjanga seperti HbA1c (hemoglobin glikasi) sekaligus menyebabkan penurunan sebanyak 10% dalam tempoh 12 minggu.

Ada juga kajian mendapati, halia amat berguna dalam menjadi sumber anti-diabetes dan boleh diamalkan setiap hari bagi mengelakkan penyakit ini berlaku.

5. Ginseng

kencing manis, berupaya membantu dalam penurunan kadar glukos darah ketika berpuasa.

Terdapat beberapa kajian terdahulu telah membuktikan bahawa ginseng Amerika berupaya membantu dalam penurunan kadar glukos darah ketika berpuasa. 

Ginseng dikatakan berupaya meningkatkan daya imunisasi dan mampu menurunkan kadar glukos bagi penghidap diabetes.

6. Daun kari

kencing manis, menstabilkan tahap glukosa darah dan memberi kesan kepada metabolisme.

Daun kari membantu menstabilkan tahap glukosa darah dan memberi kesan kepada metabolisme karbohidrat.

Kajian yang diterbitkan dalam Penyelidikan Pembangunan Jurnal Antarabangsa tentang kesan kari daun pada jenis diabetes 2 menunjukkan daun kari mengandungi fitokimia.

Bahan ini membantu mengawal tahap gula darah pesakit Diabetes jenis 2 dengan mengurangkan paras gula darah pesakit kencing manis. 

Sifat antioksidan yang menakjubkan dari daun kari dapat meningkatkan pengeluaran sel pankreas, sehingga meningkatkan fungsi insulin.

7. Halba

kencing manis, Biji Halba membantu menurunkan gula darah.

Melalui kajian sains moden, dan juga dari perkongsian perubatan tradisional biji halba mempunyai manfaat besar sebagai ubat kencing manis alternatif. Biji Halba membantu menurunkan gula darah.

Pelbagai kajian menunjukkan bahawa biji halba membantu menurunkan gula darah dengan memperlahankan proses pencernaan makanan dan memperlahankan penyerapan karbohidrat dalam usus kecil.

8. Bawang putih

kencing manis, Pengambilan bawang putih secara oral menurunkan serum glukosa , kolesterol & trigliserida.

Membantu mengurangkan tahap kolesterol tinggi, antara masalah utama yang sering dihadapi oleh pesakit kencing manis.

Pengambilan bawang putih secara oral menurunkan serum glukosa , kolesterol, trigliserida dan banyak lagi bahan lain dalam badan penghidap diabetes.

9. Bunga cengkih

membekalkan kelebihan kesihatan anti-radang, analgesik dan pencernaan untuk pesakit kencing manis

Rempah ini mengandungi 30% daripada fenol antioksidan dalam berat kering, bersama dengan antioxidants anthocyanin dan quercetin. Akibatnya, ulas mempunyai antiseptik serta sifat kuman.

Ia juga membekalkan kelebihan kesihatan anti-radang, analgesik dan pencernaan untuk pesakit kencing manis .

Dalam kajian yang di lakukan pada masa lalu, cengkih dapat membantu mengawal paras gula, trigliserida dan paras kolesterol LDL dalam darah pesakit kencing manis.

kencing manis, mengawal kadar glisemik, penghasilan insulin dan mengelakkan masalah katarak mata.

Inilah dia 9 petua hilangkan kencing manis yang ingin kami kongsikan. Semoga bermanfaat.

Korang kongsikan petua yang sangat membantu ini kepada orang yang kasihi, semoga ia memberi banyak manfaat sesama kita.

Dibongkarkan: 5 Tip makan nasi untuk kencing manis

Nasi untuk kencing manis , umum sudah tahu bahawa pesakit diabetes mempunyai kandungan gula tinggi dalam badan. Nasi pula ada kandungan gula.

Jadi mungkin ramai pesakit diabetes tidak mengambil diet ini untuk mngelakkan kandungan gula semakin tinggi dalam badan.

Nasi pula ada kandungan gula. Jadi mungkin ramai pesakit diabetes tidak mengambil diet ini untuk mngelakkan kandungan gula semakin tinggi dalam badan.

Tapi menurut Pegawai Penyelidik Prinsipal di Pusat Penyelidikan Sains & Teknologi Makanan MARDIDr. Suri Roowi,

mereka yang mengidap kencing manis boleh saja makan nasi cuma perlu tahu aturannya iaitu dengan memastikan nasi yang diambil mempunyai nilai Indeks Glisemik (GI) yang rendah.

GI ini merujuk kepada nilai gula dalam darah dan Dr. Suri dalam Facebooknya berkongsi 6 tip yang perlu diamalkan oleh pesakit kencing manis sebelum makan nasi untuk mengawal gula dalam darah.

sebelum makan nasi untuk mengawal gula dalam darah.

1.Elak makan nasi yang dimasak lembik

nasi untuk kencing manis, nasi keras mempunyai nilai GI rendah

Seterusnya nasi untuk kencing manis, nasi keras mempunyai nilai GI yang rendah. Jadi, nasi keras lebih sesuai untuk pesakit diabetis berbanding nasi lembik.

Jadi, kalau nak makan nasi, sila kurangkan air sebelum memasak beras itu ya.

2. Simpan nasi pada suhu sejuk


Nasi sejuk yang disimpan pada suhu 4 darjah Celcius selama 24 jam lebih sesuai untuk pesakit diabetis kerana GI yang rendah berbanding nasi panas.

nasi untuk kencing manis, disimpan pada suhu 4 darjah velcius selama 24 jam

Nasi panas GI tinggi. Jadi sebelum anda makan nasi, sila sejukkan dahulu.

3. Elak makan nasi daripada beras hancur

Nasi dari beras hancur mempunyai GI yang tinggi (86) dan kurang sesuai untuk pesakit diabetis. Nasi biasa mempunyai GI (83).

nasi untuk kencing manis, beras hancur mempunyai GI yang tinggi (86)

Nasi daripada beras hancur memang sedap kalau dibuat nasi goreng. Tapi, kalau anda pesakit diabetes, sila elakkan ya.

4. Makan nasi dengan sayur

Nasi untuk kencing manis yang dimakan bersama sayur-sayuran tinggi fiber larut air,

seperti kacang bendi lebih sesuai untuk pesakit diabetis, kerana ia meningkatkan kepekaan terhadap insulin.

dimakan bersama sayur-sayuran tinggi fiber larut air, nasi untuk kencing manis.

Menurut Dr. Suri Roowi, pilihlah sayur yang tinggi fiber larut air. Misalnya kacang bendi, Sayur sebegini boleh meningkatkan kepekaan terhadap insulin.

5. Pilih nasi goreng berbanding nasi putih

nasi yang sudah digoreng mengandungi GI yang rendah berbanding tidak digoreng.

Selanjutnya, nasi yang sudah digoreng mengandungi GI yang rendah. Jadi lebih baik anda makan "nasi goreng" berbanding "nasi putih".

6. Elak makan bubur

nasi untuk kencing manis, bubur mengandungi GI yang lebih tinggi

Selalu kalau demam, kita lebih suka makan bubur.
elakkan ya. Ini kerana bubur mengandungi GI yang lebih tinggi berbanding nasi.

Simptom Diabetes Wanita - 9 Direkodkan

Tak ramai tahu simptom diabetes wanita atau tanda-tanda penyakit kencing manis pada wanita berbeza sedikit dengan lelaki.

Namun Amalan pemakanan yang manis atau tinggi kadar gula menyebabkan baik lelaki mahu pun wanita berisiko tinggi untuk terkena penyakit diabetes atau kencing manis.

9 tanda ini antara yang dialami oleh pesakit kencing manis wanita. Sila awasi!

simptom diabetes wanita, Jangkitan kulat yang sinonim dengan pesakit Candida albicans.

1. Simptom Diabetes Wanita - Jangkitan kulat


Jangkitan kulat yang sinonim dengan pesakit kencing manis wanita adalah Candida albicans. Ia penyebab kepada masalah keputihan yang sering dialami wanita.

Jangkitan kulat lain juga boleh berlaku pada bahagian badan lain seperti ulser pada mulut, celah jari kaki mahu pun kuku.

2. Simptom diabetes wanita - Jangkitan salur kencing


Sakit ketika hendak buang air kecil disertai rasa panas adalah antara yang dirasai oleh wanita yang mengalami masalah jangkitan saluran kencing.

Salah satu punca jangkitan ini adalah kesan dari kadar glukosa tubuh yang tidak teratur.

3. PCOS

Simptom diabetes wanita seterusnya Polycystic Ovary Syndrome (PCOS), masalah kesihatan wanita yang terjadi akibat gangguan keseimbangan hormon. Ia boleh menjadi indikasi kepada penyakit diabetes.

Kebanyakan pesakit ini turut menghadapi masalah berat badan yang seringkali dikaitkan dengan penyakit kencing manis.

4. Disfungsi seksual


Tidak bernafsu untuk melayan suami sejak akhir- akhir ini? Salah satu gejala kencing manis manis adalah penurunan nafsu atau ghairah untuk seks.

5. Sering lapar dan haus


Kadar gula darah yang tinggi boleh menyebabkan anda lebih cepat rasa lapar dan haus. Jika anda berasa perkara ini dalam tempoh yang lama sila dapatkan pemeriksaan doktor.

6. Kerap buang air kecil


Tanda biasa pesakit diabetes yang dialami wanita dan juga lelaki adalah kerap buang air kecil.

7. Penyakit kulit

Sering mengalami penyakit kulit termasuklah gatal-gatal selain berasa kebas pada bahagian tangan dan kaki. Pesakit kencing manis memang kerap berdepan masalah penyakit kulit.

8. Berat badan turun


Walaupun kerap makan tapi wanita yang mengalami penyakit kencing manis akan tetap mengalami penurunan berat badan. Ada juga yang turut mengalami penambahan berat badan.

9. Simptom diabetes wanita - Mudah penat


Penyakit kencing manis juga menyebabkan anda mudah penat walau pun tidak melakukan kerja berat, pandangan kabur dan rasa mual. Awas jika situasi ini sering anda rasai.

10. Luka lambat sembuh


Satu keluhan yang biasa didengar dari pesakit kencing manis adalah luka yang dialami akan mengambil masa untuk sembuh. Jika ini berlaku pada anda setiap kali luka, sila dapatkan pemeriksaan.

Dapatkan pemeriksaan jika kebanyakan simptom di atas sudah anda alami untuk kepastian tentang penyakit ini.

Sumber : www.idiva.com

7 Petua Tradisional Merawat Diabetes

Selain mengamalkan perubatan moden untuk merawat diabetes, penghidap juga boleh memilih alternatif tradisional merawat diabetes.

Diabetes? Apa itu sebenarnya Diabetes ? Diabetes merupakan satu keadaan apabila paras glukos sangat tinggi dalam darah yang berpunca daripada kekurangan daya keberkesanan insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas.

Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari salur darah dalam sel badan.

Sekiranya anda mengalami penyakit kencing manis, glukos dalam darah tidak dapat memasuki sel-sel berkaitan,

ia akan terkumpul dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi.

Ia merupakan antara penyakit yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia sejak dulu lagi. Kenapa agaknya ya?

Diabetes sering dikatakan berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang dan ada juga mengaitkan dengan faktor genetik dimana orang menggelarkan ia sebagai penyakit keturunan.

Ia kan berjangkit dari generasi ke generasi, namun, hakikatnya gaya hidup dan apa yang diamalkan dalam pemakanan harian yang menentukan individu itu akan terdedah atau tidak dengan risiko mendapat serangan kencing manis.

Merawat kencing manis boleh menggunakkan pelbagai alternatif sama ada secara moden mahupun tradisional.

Disini kami menyediakan 6 petua tradisional dalam merawar kencing manis dengan menggunakan bahan semula jadi dan mudah didapti disekeliling dengan hanya menanamnya sendiri.

Khasiat yang ada pada semua bahan ini tidak dinafikan lagi dan ia telahpun diamalkan sejak dahulu lagi dalam usaha mencegah dan merawat segala jenis penyakit yang ada.

Petua merawat kencing manis in menggunakan buah peria katak, ginseng, pokok lidah buaya (aloe vera), kulit kayu manis dan halia serta kacang bendi.

Berikut adalah sedikit info berkaitan dengan petua yang boleh diamalkan dalam tujuan merawat kencing manis dan boleh dilakukan sendiri oleh pesakit hanya dirumah dengan menggunakan bahan yang murah dan seang diperolehi.

1.Peria katak

tradisioanal merawat diabetes

Penerangan Khasiat

Peria katak sering dijadikan bahan dalam masakan terutamanya masyarakat Melayu, adakala ianya dijadikan ubat dan herba untuk merawat pelbagai penyakit termasuklah diabetes.

Buah ini mengandungi tiga zat aktif bersifat anti-diabetes termasuklah charatin telah disahkan mempunyai kesan merendahkan kadar glukos dalam darah, vicine dan sebatian insulin yang dikenali sebagai Polipeptida-P.

Peria juga mengandungi lektin yang menurunkan kemampuan glukos dalam darah yang bertindak balas dengan tisu utama dan menghilangkan selera makan individu.

Lektin ini menjadi punca utama kepada perkembangan hipoglikemik. Salah satu cara yang boleh diamalkan dengan penggunaan peria katak dalam merawat diabetes ialah membuat jus peria katak bersama epal hijau.

Penyediaan jus ini bermanfaat kepada pesakit untuk menurunkan bacaan gula dalam darah. Ia bagi memastikan kadar gula dalam paras normal dan terkawal. Rasa pahit yang ada pada buah peria menjadi penawar terbaik kepada sebarang penyakit.

Aturan Resepi

Resepi untuk menghasilkan jus ini sungguh mudah dengan menyediakan sebiji peria katak, sebiji epal hijau dan 4 cawan air kosong.

Cara penyediaannya ialah anda hanya perlu potong halus peria dan buah epal dipotong lalu dibuang bijinya.

Kisarkan kedua-dua bahan bersama air kosong sehingga hancur.

Sebelum minum jus ini, tapis dahulu bagi membuang hampas buah-buah tersebut.

Diingatkan jangan mencampurkan gula kerana hilang khasiat peria tersebut dan kadar gula tidak dapat dikawal dengan baik.

Selain dari mencampurkan dengan epal hijau, ada juga variasi resepi dimana mencampurkan peria katak bersama daun saderi,

timun dan cili benggala hijau. Anda disarankan untuk mengamalkan jus ini setiap hari dan secara konsisten bagi mengawal kadar gula dalam darah dan merawat diabetes secara semula jadi.

2. Ginseng

tradisioanal merawat diabetes

Penerangan Khasiat

Seperti yang kita sedia maklum, ginseng sememangnya mempunyai pelbagai manfaat yang baik untuk kesihatan manusia.

Ia telah diamalkan sejak 2000 tahun dahulu lagi di China sebagai penawar dan pembekal tenaga yang baik.

Ginseng dikatakan berupaya meningkatkan daya imunisasi dan mampu menurunkan kadar glukos bagi penghidap diabetes.

Pelbagai jenis ginseng boleh didapati dan setiap ginseng mempunyai khasiat yang berbeza dalam merawat dan mencegah penyakit yang berlainan jenis.

Antara ginseng yang boleh dikenali ialah ginseng Asia (Panax ginseng), ginseng ini juga dikenali sebagai ginseng Korea.

Kebaikan yang ada pada ginseng ini ialah ia mampu meningkatkan kesihatan dan sistem imunisasi pada tubuh badan kita serta membantu mengawal tekanan gula dalam darah supaya menjadi normal.

Selain itu, ginseng Amerika (Panax quinquefolius) yang digunakan untuk mengawal tekanan dan meningkatkan sistem imunasasi badan supaya dapat melawan daripada demam dan masalah angin dalam badan.

Ada juga menggunakan ia sebagai penawar dan pencegah kepada HIV aids, kanser, anemia, diabetes dan sebagainya.

Seterusnya, Ginseng Siberia (Eleutherococcus senticosus) yang bukanlah dikategorikan sebagai ginseng,

namun, khasiatnya dalam mengubati penyakit adalah sama seperti ginseng yang lain seperti keupayaannya dalam meningkatkan tenaga dan kecergasan fizikal kepada kita dalam melakukan tugas harian dengan lancar tanpa sebarang gangguan kesihatan.

Kajian

Petua seterusnya adalah merawat menggunakan ginseng. Terdapat beberapa kajian terdahulu telah membuktikan bahawa ginseng Amerika berupaya membantu dalam penurunan kadar glukos darah ketika berpuasa.

Pelbagai jenis ginseng yang boleh diperolehi, antaranya ginseng Korea, ginseng Siberia, ginseng Amerika dan ginseng Jepun.

Dalam semua kategori tumbuhan ini, spesies ginseng panax sangat popular dalam merawat secara menyeluruh.

Ia sama seperti kebanyakan herba yang dijadikan penawar kepada penyakit diabetes.

Justeru, pelbagai kajian lanjutan perlu dilaksanakan bagi membuktikan lagi keberkesanan ginseng dalam merawat pelbagai penyakit.

Larangan

Walaupun ia mempunyai pelbagai manfaat dalam kesihatan, terdapat juga kesan sampingan yang tidak dapat dielakkan seperti pening, sukar tidur, masalah penghadaman dan alergik.

Nasihat doktor dan pakar perubatan amatlah diperlukan bagi mengelakkan kesan yang buruk kepada tubuh badan anda.

Guna secara teratur dan sederhana supaya ia dapat mengubati dan memberi kebaikan kepada tubuh badan.

masalah penghadaman dan alergik. Nasihat doktor dan pakar perubatan amatlah diperlukan bagi mengelakkan kesan yang buruk kepada tubuh badan anda.

Guna secara teratur dan sederhana supaya ia dapat mengubati dan memberi kebaikan kepada tubuh badan.

Jika anda baru menjalani pembedahan atau akan melakukan pembedahan, sebaiknya anda elakkan diri daripada menggunakan ginseng terutama sekali ginseng Asia.

Ia sama juga dengan ibu mengandung dan menyusukan anak dilarang mengamalkan ginseng, kerana ia mungkin akan memberikan kesan negatif kepada bayi anda.

Aturan Resepi

Penyediaan ginseng sebagai ubat diabetes, ia dijadikan minuman teh dan ada juga dijual dalam bentuk minuman bertin.

3. Lidah buaya

tradisioanal merawat diabetes

Penerangan Khasiat

Terdapat beberapa kajian awal yang menyarankan pengambilan jus lidah buaya berupaya meningkatkan kadar glukos dalam darah,

sekaligus merawat kencing manis. Penerangan Khasiat Terdapat beberapa kajian awal yang menyarankan pengambilan jus lidah buaya berupaya meningkatkan kadar glukos dalam darah, sekaligus merawat kencing manis.

Jus lidah buaya dikatakan dapat menurunkan lipid darah (lemak) pada pesakit, meredakan bengkak dan menyembuhkan luka dengan pantas.

Ini kerana, Luka dan ulser pada kaki yang disebabkan oleh diabetes kebiasaannya mengambil masa yang panjang untuk sembuh.

Aturan Resepi

Bagi mengawal paras gula dalam darah. Penggunaan lidah budaya adalah dengan cara mengambil 1 batang lidah buaya, kemudian bersihkan dan kupas kulit serta durinya.

Rendamkan selama 30 minit bersama air garam. Ramas dan bilaskan dengan air. Rebuskan bersama 3 gelas air sehingga mendidih.

Setelah itu, biarkan seketika sehingga air sejuk. Amalkan minuman ini 3 kali sehari sebanyak ½ gelas.

Lakukan ia secara konsisten supaya paras gula dapat dipulihkan menjadi normal kembali.

Selain itu, petua ini berkesan bagi mengubati kencing manis secara menyeluruh dengan cara yang lebih kurang dengan kaedah mengawal paras gula.

Cuma tambahkan menjadi 2 batang dan direbus bersama 3 gelas air dan ditapiskan jelnya untuk mengambil air sahaja.

Amalkan minum air ini 3 kali sehari selepas mengambil makanan sebanyak setengah gelas.

Lakukan setiap hari untuk melihat tindak balas lidah buaya dalam merawat kencing manis.

4. Kayu manis

tradisioanal merawat diabetes

Penerangan Khasiat

Kayu manis mampu mengawal paras glukos dalam darah dan ejen terbaik dalam melawan serangan penyakit diabetes ke atas tubuh badan kita.

Kayu manis merupakan salah satu golongan rempah yang manis dan berasal daripada kulit pokok yang meliar,

biasanya tumbuh di kawasan beriklim tropical seperti Asia Tenggara, Amerika Selatan dan pulau Caribbean.

Penggunaan kayu manis dalam pelbagai aspek telah bermula sejak beribu tahun lampau dan dijadikan bahan utama dalam masakan serta dijadikan bahan bakar.

Dalam masa yang sama, ia berupaya memberi manfaat dalam mengubati pelbagai jenis masalah kesihatan kepada manusia seperti kencing manis.

Kajian

Banyak kajian telah menyarankan penggunaan kayu manis dalam meningkatkan paras glukos dalam darah dan juga meningkatkan keupayaan insulin darah.

Hasil kajian perubatan yang diterbitkan oleh jurnal Diabetes Cares pada 2003 membuktikan kenyataan itu terhadap penghidap diabetes tahap 2 dan sekaligus merendahkan risiko yang boleh membawa kepada penyakit yang lebih kronik berkaitan kardiovaskular iaitu penyakit jantung dan darah tinggi.

Selain dari menjadi ejen terbaik untuk antioksidan badan, kayu Manis juga berupaya mencegah gejala diabetis.

Ia membantu dalam menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan tahap kepekaan badan kepada insulin dalam darah menjadi lebih baik dan supaya ia mampu menyeimbangkan kadar gula yang diperlukan badan.

Sebenarnya, diabetes terhasil apabila dinding pada salur darah tidak dapat menampung jumlah gula yang masuk dan menghasilkan satu lapisan yang menghalang insulin untuk masuk ke saluran darah.

Ia juga akan menganggu sistem ketahanan badan dan berat badan kita juga akan terjejas akibat pembentukan tersebut.

Herba ini berperanan dalam menghalang enzim ‘alanine’ menghasilkan glukos(gula) dan diserap dalam salur darah.

Dengan mengamalkan kayu Manis dalam pemakanan, ia akan membantu mengurangkan jumlah glukos dalam darah dan ia sangat berkesan bagi penghidap diabetes.

Dengan itu, mereka dapat mengawal paras gula dalam darah sekaligus melawan penyakit tersebut.

Dalam artikel yang membincangkan mengenai kebaikan dan manfaat kayu Manis, satu kenyataan yang dikeluarkaan oleh Lori Kenyon Farley,

iaitu Pakar Perunding Nutrisi berpendapat bahawa kayu Manis dapat membantu dalam mengawal penyakit diabetes dalam dua cara yang berbeza.

Di mana ia berupaya mengurangkan tekanan darah dan memberi kesan positif kepada salur tertentu dalam darah bagi penghidap diabetes itu sendiri.

Beliau menambah lagi dengan menyatakan bahawa kayu Manis ini juga membantu dalam mengurangkan lapisan yang meghalang insulin untuk masuk ke salur darah sekaligus mengawal kadar gula sehingga 29% dalam mengurangkan gejala diabetes.

5. Halia

tradisioanal merawat diabetes

Penerangan Khasiat

Petua tradisional merawat diabetes seterusnya adalah bermotifkan halia. Ia berupaya membantu pesakit diabetes dalam mengawal kadar glisemik,

penghasilan insulin dan mengelakkan masalah katarak pada mata.

Sejak berzaman, halia telah dipraktikkan dalam perubatan dan menjadi bahan utama masakan dalam kalangan masyarakat Asia.

Halia merupakan salah satu langkah dalam merawat pelbagai penyakit seperti masalah penghadaman dan menjadi bahan wangian dalam produk mandian dan kosmetik.

Kajian

Terdapat satu kajian telah membuktikan halia boleh mengawal kandungan gula dalam darah untuk tempoh masa panjang bagi penghidap diabetes.

Pengkaji dari University of Sydney, Australia telah menemui bahawa ekstrak dari Halia Buderim (minyak Halia Australia) yang diperkaya dengan gingerol menjadi bahan utama yang mampu meningkatkan kadar glukos dalam sel otot tanpa penggunaan insulin sekaligus mengawal paras gula menjadi normal.

Halia juga membantu dalam meningkatkan kepekaan insulin dan melindungi individu daripada penyakit diabetes.

Satu kajian berkaitan dengan penyakit kencing manis tahap 2 membuktikan bahawa 2g serbuk halia diperlukan setiap hari dapat menurunkan paras gula dalam salur darah sebanyak 12%.

Ia juga dapat meningkatkan kadar gula dalam tempoh jangka masa panjanga seperti HbA1c (hemoglobin glikasi) sekaligus menyebabkan penurunan sebanyak 10% dalam tempoh 12 minggu.

Ada juga kajian mendapati, halia amat berguna dalam menjadi sumber anti-diabetes dan boleh diamalkan setiap hari bagi mengelakkan penyakit ini berlaku.

Halia sememangnya mempunyai 1001 kebaikan untuk kesihatan, tetapi anda disarankan mengambil dalam kadar yang sederhana.

Terdapat kajian daripada American Diabetes Association 2014 telah membuktikan bahawa halia dapat meningkatkan penyerapan gula dalam sel otot dan menurunkan kadar gula dalam salur darah.

Larangan

Adalah diingatkan bahawa, anda dilarang mengambil ubat-ubatan diabetes bersama minuman teh halia atau anda akan berdepan dengan masalah ‘hypo’.

Kandungan dalam halia juga berupaya mencairkan darah jika diambil dalam dos yang tinggi dan sangat berbahaya jika anda juga mengambil ubat cairkan darah (aspirin).

Sebaiknya, anda harus berjumpa dan mendapatkan nasihat doktor pakar atau ahli farmasi sekiranya anda berdepan dengan tanda-tanda berikut,

berlaku pendarahan yang melampau seperti tanda lebam tanpa sebab, gusi berdarah, najis berdarah atau kawasan luka yang berlaku pendarahan tanpa henti.

6. Kacang bendi

tradisioanal merawat diabetes

Penerangan Khasiat

Dalam kaedah tradisional juga, kacang bendi terkenal sebagai ‘superfood’ yang mempunyai 1001 kebaikan kepada individu yang berisiko atau menghidapi penyakit diabetes dan sebarang penyakit kronik yang lain.

Nama lain bagi kacang bendi ialah Abelmoschus esculentus. Ia mempunyai khasiat yang baik dalam mengawal gula dalam darah dan lain-lain khasiat untuk kesihatan manusia.

Kajian

Pelbagai kajian vitro (makmal) dan vivo (haiwan) telah dijalankan bagi membuktikan bahawa kacang bendi merupakan ejen anti-diabetes terbaik dan selamat diamalkan oleh manusia untuk tujuan mencegah dan merawat diabetes dari peringkat awal.

Ia juga mendapati bahawa kacang ini sangat berkhasiat untuk glukos dalam darah yang tinggi.

Terdapat satu kajian di India yang diterbitkan dalam Journal of Pharmacy & BioAllied Sciences pada 2011,

para pengkaji membuktikan dengan cara menggunakan seekor tikus yang dihidapi kencing manis telah diberikan kacang bendi telah mengalami kadar penurunan glukos dalam darahnya,

bagi tikus yang diberikan ekstrak kacang bendi pula mengalami penurunan yang berperingkat selama 10 hari penyelidikan dijalankan.

Ini membuktikan bahawa kacang bendi mampu menjadi penawar terbaik dalam merawat kencing manis ke atas hidupan dan tidak memberi kesan sampingan jika diambil secara terkawal dan bersederhana.

Kacang bendi dapat merawat kencing manis disebabkan oleh beberapa faktor,

antaranya kacang bendi mempunyai kadar kalori yang rendah dalam setiap 100gm bendi hanya mempunyai 30 kalori tanpa kolestrol dan lemak tepu.

Sekaligus ia dapat mengawal paras gula dalam darah dan mempunyai nutrient yang baik seperti vitamin A, vitamin B6 dan vitamin K serta kadar magnesium yang tinggi dalam membantu sistem penghadaman badan.

Selain itu, kandungan glisemik yang rendah dalam bendi sangat berguna kepada penghidap diabetes dan sering disarankan oleh doktor.

Ia adalah satu ukuran di mana makanan mudah hadam akan menjadi glukos dalam darah dan jika glisemik masih dalam tahap yang rendah maka glukos masih dapat dikawal dengan baik.

Oleh kerana itu, bendi sangat sesuai dimasukkan dalam menu diet harian penghidap penyakit diabetes.

Aturan Resepi

Salah satu petua merawat kencing manis dengan bendi ialah dengan hanya anda perlu mengambil 2 batang kacang bendi dan dikerat bahagian atas dan bawah,

sebelum itu basuh bersih terlebih dahulu baru kerat.

Bagi memudahkan proses tersebut, kelarkan bahagian tengah bendi tersebut dan masukkan ia ke dalam gelas berisi air.

Kemudian, tutupkan gelas dengan penutup yang kedap lalu biarkan ia semalaman pada suhu normal atau suhu bilik.

Keluarkan bendi yang direndam daripada gelas pada keesokan harinya dan minum air tersebut sebelum mengambil sarapan.

Amalkan setiap hari bagi mendapatkan kesan yang baik dan mengurangkan risiko penyakit kencing manis berlaku.

Khasiatnya akan kurang apabila bendi dicampurkan dalam masakan berbanding makan begitu sahaja atau minum air rendaman bendi tersebut.

Petua ini berguna bukan sahaja merawat kencing manis tetapi boleh dipraktikkan oleh semua orang dengan tujuan mengelakkan penyakit yang kronik dan menyelamatkan diri daripada serangan penyakit yang tidak diingini.

7. Biji Halba

tradisioanal merawat diabetes

Penerangan Khasiat

Buat para ibu yang menyusukan anak mesti tahu kebaikan biji halba kan? Di percayai biji ini baik untuk menambahkan kuantiti susu ibu.

Para Ibu pernah cuba petua kawal kencing manis di atas dan Alhamdulillah memang ada kesan positif. Cuma, kesan yang kita terima tidak sama. Bergantung kepada individu.

Biji halba digunakan secara menyeluruh oleh orang india dalam masakan dan juga dalam perubatan tradisional.

Kajian

Melalui kajian sains moden, dan juga dari perkongsian perubatan tradisional biji halba mempunyai manfaat besar sebagai ubat kencing manis alternatif.

Biji Halba membantu menurunkan gula dalam darah

Pelbagai kajian menunjukkan bahawa biji halba membantu menurunkan gula darah dengan Memperlahankan proses pencernaan makanan.
Memperlahankan penyerapan karbohidrat dalam usus kecil.

Amalkan penggunaan biji halba dalam kehidupan seharian. Tak kiralah melalui masakan ataupun di rendam dengan air semalaman.

Penjagaan kesihatan amat penting bagi meneruskan aktiviti seharian terutama bagi mereka yang bekerja.

Daya produktiviti akan menurun sekiranya tahap kesihatan merudum.

Hal ini kerana, badan kita perlu digunakan bukan untuk tempoh masa yang singkat, jadi,

anda harus hargai nikmat kesihatan dengan baik sebelum anda diserang penyakit yang bahaya.

Kesimpulan

Dengan hanya menggunakan bahan semula jadi, anda boleh memperolehi pelbagai khasiat yang jarang sekali diketahui umum.

Adalah yang lebih baik untuk anda menjalani pemeriksaan dan mendapatkan nasihat daripada doktor pakar mengenai menu pemakanan dan kaedah yang bersesuaian untuk merawat kencing manis.

Penggunaan bahan semula jadi itu bagus untuk tubuh badan tetapi anda perlu mengetahui juga kesan sampingan yang anda akan dapat sekirannya anda tidak megawal penggunaannya dan mungkin akan menyumbang kepada serangan penyakit lain pula.

9 Tanda Kencing Manis, Mungkin ada pada anda?

Tanda kencing manis, Statistik negara menunjukkan penyakit Kencing Manis (Diabetes) semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Kencing manis lebih menakutkan apabila ia boleh dilihat di kalangan remaja atau dewasa.

Dan yang paling merisaukan apabila kita atau orang tersayang kita tidak sedar bahawa kita sudah menghidap Kencing manis.

Jadi anda mungkin dapat mengelak daripada masalah ini jika anda dapat mengenal pasti tanda kencing manis.

Apa yang merisaukan tentang penyakit kencing manis boleh memberi kesan yang sangat besar kepada pesakit jika berlarutan.

Ianya boleh menyebabkan kerosakan pada saraf dan ia adalah punca utama kegagalan buah pinggang dan buta.

APAKAH TANDA AWAL KENCING MANIS?

Pastinya anda pernah melihat saudara-mara atau rakan sekeliling yang pernah mengalami masalah kencing manis.

Jadi untuk artikel kali ini kita akan melihat 9 tanda-tanda awal kencing manis yang mungkin ada pada orang tersayang kita tanpa kita sedari.

Penyakit kencing manis mempunyai tanda atau simptom dan gejala tertentu.

Jika anda kurang pasti tentang keadaan yang terjadi, anda boleh berjumpa atau menghubungi doktor untuk mendapat kepastian.
.


9 TANDA AWAL KENCING MANIS YANG MUNGKIN ADA PADA ANDA

Kajian menunjukkan 25% daripada orang menghidap Diabetes jenis 2 tidak tahu mereka mempunyai Diabetis.

Jika anda mengalami tanda awal atau simptom yang dinyatakan, bolehlah berjumpa doktor untuk kepastian.

Ok jom kita ke tanda yang pertama.

.

1- KEKERAPAN KENCING

Tanda Kencing Manis, gula dalam darah yang tinggi menghasilkan kencing yang banyak



Apabila anda mempunyai gula dalam darah yang tinggi, badan akan mencairkan darah anda dan mengeluarkan glukosa yang lebih melalui air kencing.

Ia menyebabkan anda kerap kencing pada waktu malam dan menjejaskan waktu tidur anda.

Anda perlu ambil perhatian tentang keadaan ini jika ianya berlaku pada anda.


2- KERAP DAHAGA DARIPADA BIASA

Bila kerap membuang air kecil, ini akan membuat anda berasa kering.

Simptom atau tanda yang biasa dilihat dengan pesakit adalah mereka sering mengambil minuman seperti jus, soda, atau coklat susu untuk menghilangkan dahaga mereka.

Minuman ini tinggi gula dan kemudian akan menyebabkan aliran darah tersumbat dengan gula yang berlebihan.
.
.


3- BERAT BADAN TURUN

Tanda Kencing Manis, anda tidak menyerap semua kalori daripada gula dalam darah anda

Berat badan yang berlebihan merupakan faktor risiko untuk kencing manis.

Namun begitu, kehilangan berat badan juga merupakan tanda-tanda anda mendapat Diabetis atau penyakit kencing manis.

Anda kehilangan kalori dalam air kencing dan anda tidak menyerap semua kalori daripada gula dalam darah anda.

Apabila mereka yang mempunyai Diabetis mula belajar untuk mengawal gula dalam darah mereka,

mereka mungkin mengalami kehilangan berat badan tetapi ia bermakna tahap gula dalam darah anda adalah lebih seimbang.
.


4- SERING KELAPARAN

Tanda Kencing Manis, bukanlah sesuatu yang luar biasa jika pesakit tiba-tiba berasa sangat lapar.



Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa jika pesakit kencing manis atau Diabetis tiba-tiba berasa sangat lapar.

Apabila anda mempunyai gula darah yang tinggi, badan anda mempunyai masalah mengawal glukosa itu.

Fungsi badan yang tidak seimbang menyebabkan keadaan ini dan anda perlu untuk mendapatkan kepastian segera dengan doktor anda.


5- BERASA LEMBAB DAN LESU

tanda kencing manis, badan menjadi lembab dan lesu adalah dari keletihan



Sudah tentu punca badan menjadi lembab dan lesu adalah dari keletihan yang di alami akibat makanan yang dimakan tidak menjadi tenaga,

akibat ianya tidak dapat dipecahkan dengan baik apabila badan anda mempunyai masalah kencing manis.

Anda tidak mendapat bahan bakar yang diperlukan oleh badan dengan secukupnya. Anda akan menjadi letih dan berasa lembap.
.


6-  MURAM DAN CEPAT MARAH

Tanda Kencing Manis menyebabkan gejala-gejala kemurungan seperti ini.



Gula dalam darah yang tinggi, boleh menyebabkan gejala-gejala kemurungan seperti ini.

Anda berasa sangat letih, anda tidak mahu berbuat apa-apa dan hanya mahu tidur.

Pesakit berfikir bahawa mereka perlu dirawat untuk penyakit kemurungan, tetapi bila rawatan susulan dijalankan rupanya mengalami penyakit kencing manis.

7- PENGLIHATAN MENJADI KABUR

Tanda Kencing Manis, kanta mata tidak dapat memberi tumpuan dengan.

Pada peringkat awal Diabetis, kanta mata tidak dapat memberi tumpuan dengan baik kerana glukosa terbina pada selaput mata.

Pada kira-kira enam hingga lapan minggu selepas gula dalam darah anda stabil, masalah ini akan beransur baik,

tetapi jika dibiarkan dan tidak mengawal gula dalam badan masalah ini boleh menjadi lebih serius.


8- LUKA LAMBA SEMBUH

tanda kencing manis, Sistem imun membantu tubuh untuk sembuh terganggu

Sistem imun dan proses yang membantu tubuh untuk sembuh tidak berfungsi dengan baik apabila tahap gula anda tinggi.


9 - KEBAS TANGAN DAN KAKI


Tanda awal kencing manis Salah satu daripadanya adalah kerosakan saraf ringan

Tahap gula yang tinggi boleh menyebabkan komplikasi sebelum anda menyedari bahawa anda mempunyai Diabetis.

Salah satu daripadanya adalah kerosakan saraf ringan, yang boleh menyebabkan kebas di kaki dan tangan anda.
.

KESIMPULAN


Jika anda mengalami lebih daripada 3 tanda awal kencing manis yang disebutkan,

anda boleh cuba menguji bacaan gula dalam darah dengan glukometer di Klinik atau Farmasi berdekatan untuk mengenalpasti adakah anda menghidapi masalah Diabetis atau kencing manis

Apabila anda mengesan tanda awal, anda boleh mengelakkan komplikasi kencing manis seperti kerosakan saraf, buah pinggang, mata dan jantung.

Hubungi doktor jika anda:

▪ Rasa sakit hingga ke perut

▪ Lemah


▪ Sangat haus


▪ Kerap kencing


▪ Sakit perut yang berlarutan


▪ Bernafas lebih dalam dan lebih cepat daripada biasa


▪ Mempunyai nafas berbau

*Berikut adalah link atau pautan senarai punca kencing manis

5 PERKARA BAHAYA KENCING MANIS

Bahaya kencing manis, pesakit Kencing Manis perlu ambil tahu, 5 perkara bahaya kencing manis mempunyai risiko yang tinggi menghidap beberapa masalah kesihatan yang serius.

Paras glukosa (gula) darah yang tinggi untuk suatu tempoh masa yang lama boleh membawa kepada penyakit serius,

Ia juga memberi kesan kepada jantung dan saluran darah, mata, buah pinggang, saraf dan gigi.

Selain itu, pesakit diabetes juga mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami jangkitan kuman disebabkan kerosakan pada urat saraf dan saluran darah.

Di dalam kebanyakkan negara maju, kencing manis adalah penyebab utama penyakit jantung, buta, dan kegagalan buah pinggang
.
.

1- Penyakit Jantung


Penyakit Kencing Manis meningkatkan risiko seseorang untuk mengalami Sakit Jantung, Serangan Angin Ahmar, dan Saluran Darah Tersumbat.

.
.

2- Kerosakan Urat Saraf


Gula yang berlebihan boleh mencederakan dinding saluran darah kecil (kapilari) yang membekalkan nutrisi dan bekalan keperluan saraf anda, terutamanya di bahagian kaki.

Hal yang demikian boleh menyebabkan simptom-simptom (situasi / keadaan) kebas, pedih atau sakit yang biasanya bermula di hujung jari kaki atau jari dan secara beransur-ansur merebak ke atas.

Jika tidak dirawat , anda boleh kehilangan semua deria untuk merasa di bahagian kaki.

Kerosakan pada saraf yang berkaitan dengan sistem penghadaman boleh menyebabkan masalah loya, muntah-muntah, cirit-birit atau sembelit.

Bagi lelaki, ia boleh membawa kepada mati pucuk.
.
.

3- Kerosakan Buah Pinggang

Buah pinggang mengandungi berjuta-juta kecil kelompok saluran darah (glomeruli) yang penapis bahan-bahan sisa dari darah anda.

Diabetes boleh merosakkan sistem penapisan yang halus ini. Kerosakan yang teruk akan membawa kepada kegagalan buah pinggang.

Kegagalan buah pinggang menyebabkan seseorang itu perlu menjalani prosedur dialisis atau melakukan pemindahan buah pinggang.

4- Kerosakan Mata ( retinopati )


Diabetes boleh merosakkan salur darah retina (retinopati diabetes), yang berpotensi menjadi sebab kepada buta.

Diabetes juga meningkatkan risiko seseorang untuk menghidap masalah penglihatan serius yang lain, seperti katarak dan glaukoma.
.
.

5- Risiko Pemotongan Kaki


Kerosakan saraf di kaki atau aliran darah yang lemah ke bahagian kaki meningkatkan risiko pelbagai kesan yang tidak baik.

Jika tidak dirawat, luka dan melecet boleh mengakibatkan jangkitan kuman yang serius, di mana proses penyembuhannya berlaku dengan amat perlahan sekali.

Jika keadaan yang sedemikian berlarutan, maka langkah rawatan yang terakhir adalah memotong bahagian kaki yang terkena jangkitan tersebut

Pemotongan kaki adalah untuk mengelakkannya daripada merebak dengan lebih meluas lagi.
.
.
Jika anda merupakan seorang pesakit Kencing Manis, maka seelok-eloknya anda mula membanyakkan bacaan anda tentang Penyakit Kencing Manis.

Ranacang serta mengamalkan amal gaya hidup yang sihat agar anda dapat mengelakkan daripada mengalami situasi-situasi seperti di atas.
.
.
Semoga kita semua sentiasa diberikan nikmat kesihatan yang baik oleh Tuhan selalu.

13 PUNCA UTAMA ANDA DAPAT KENCING MANIS

13 PUNCA UTAMA ANDA DAPAT KENCING MANIS



  1. Pengambilan gula dan makanan/minuman bergula yang tinggi
Memang tidak dapat dinafikan pengambilan gula boleh menyebabkan penyakit diabetes. Namun begitu, ia tidak semestinya gula semata-mata. Ia juga termasuk madu, raisin, gula-gula, pastri, pisang, kurma dan anggur merah iaitu makanan yang mempunyai glisemik indeks yang tinggi. Semua makanan ini mengandungi gula yang dibebaskan dengan cepat di dalam darah. Ia dipanggil “fast-releasing”. Kebanyakkan minuman di pasaraya telah dimaniskan dengan menggunakan glukosa atau sirap jagung yang mempunyai fruktosa yang tinggi. Bukan lansung tak boleh ambil semua makanan ini, cuma jumlahnya perlu dipantau.



  1. Pengambilan “refined carbs” yang banyak
Ini termasuk pengambilan roti, cereal, pastri, pasta dan beras putih yang banyak. Proses untuk mendapatkan “Refined carbs” telah mengurangkan mineral seperti kromium.
  1. Tidak beraktivivti
Individu yang tidak aktif, tidak buat senaman berisiko untuk dapat berat berlebihan dan kencing manis.



  1. Tekanan yang kronik dan masa tidur yang tidak cukup
Apabila kita tertekan atau stress, ia akan meningkatkan kortisol. Hal ini menyebabkan insulin tidak dapat digunakan di dalam badan.



  1. Peningkatan saiz di bahagian tengah tubuh (pinggang dan perut)
Gula yang berlebihan dalam darah “dibuang” oleh insulin ke dalam hati, yang kemudian bertukar menjadi lemak. Lemak-lemak ini mudah disimpan di sekitar pertengahan. Jika anda dapati lilitan saiz pinggang anda semakin bertambah, ia menunjukkan petanda yang buruk.



  1. Merokok
Orang yang merokok juga berisiko untuk mendapat diabetes



  1. Tidak mengambil sayur dan buah yang mencukupi
Individu yang kurang mengambil sayur dan buah berisiko untuk dapat kencing manis.
  1. Tidak mengambil ikan dalam pemakanan
Pengambilan ikan yang kurang menyebabkan kurang Omega 3 dalam tubuh. Ini kerana minyak ikan boleh mebantu untuk melindungi kita dari kencing manis
  1. Tidak mengambil supplemen
Ramai yang menyangka pengambilan supplemen adalah membazir. Namun dalam buku Say No To kencing manis, mengatakan mengambilan supplemen mampu mengurangkan risiko kencing manis.



  1. Pengambilan ubat-ubatan
Ramai yang tidak sedar, pengambilan ubatan-ubatan sebenarnya boleh meningkatkan risiko kencing manis. Ini termasuk “corticosteroid drugs”. Ubatan “Corticosteriod” biasanya untuk mengurangkan keradangan kerana ia berfungsi untuk mengurangkan bengkak pada laluan udara di paru-paru. Ubat ini selalunya diberi kepada pesakit asma dan arthritis. Pengambilan dalam tempoh yang panjang boleh menggangu keseimbangan hormon dan kortisol iaitu sejenis hormon adrenal yang mempunyai kaitan dengan kawalan gula dalam darah. Thiazide diuretic yang digunakan untuk tekanan darah tinggi juga meningkatkan risiko untuk dapat kencing manis



  1. Sejarah keluarga
Jika ahli keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis, risiko anda untuk mempunyai kencing manis adalah tinggi. Jika ibu anda mempunyai diabetes type 2, anda mempunyai 40 % peluang untuk mempunyai kencing manis dan jika kedua-dua orang tua anda mempunyai diabetes, risiko anda adalah 80 %. Namun begitu penyakit kencing manis ini boleh berbalik, Maksudnya, boleh kembali normal semula
  1. Umur
Tidak dapat dinafi, semakin usia meningkat, semakin tinggi risiko untuk mendapat kencing manis. Namun, bukanlah kerana usia, anda mendapat kencing manis. Ini kerana orang muda pun ada yang dapat kencing manis.
  1. Kerintangan insulin
Rintangan Insulin terjadi apabila struktur membran sel yang telah dirosakkan dan ini menyebabkan reseptor atau penerima insulin menjadi kurang sensitif terhadap insulin. Insulin tidak boleh merangsangkan pembukaan Laluan Glukosa lagi. Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat dan akhirnya menyebabkan kencing Manis. Kesan dari rintangan insulin boleh menyumbang kepada “sindrom metabolik”. Sindrom metabolik ini adalah satu kluster yang hadir bersama dan meningkatkan risiko kencing manis juga masalah jantung dan strok.
Kesimpulannya, hidup dengan cara hidup yang sihat. Life is too short to waste time in this suffer disease.