15 PUNCA KENCING MANIS UTAMA

15 punca kencing manis - main

Didapati 15 punca kencing manis yang utama biasa di alami oleh masyarakat Malaysia, terdapat juga sebahagian daripada penduduk Malaysia mungki ada yang tidak tahu atau kurang pendedahan sebab Punca kencing manis yang dihidapi.

biasa di alami oleh masyarakat Malaysia, terdapat juga sebahagian daripada penduduk Malaysia mungki ada yang tidak tahu atau kurang pendedahan sebab Punca kencing manis yang dihidapi.

Ada dikalangan mereka yang terlepas pandang menyebabkan lambat bertindak sehingga menyebabkan mendatangkan mudharat kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

1- Pengambilan gula dan makanan/minuman bergula yang tinggi

punca kencing manis,madu, raisin, gula-gula, pastri, pisang, kurma dan anggur merah.

Memang tidak dapat dinafikan pengambilan gula boleh menyebabkan penyakit diabetes. Namun begitu, ia tidak semestinya gula semata-mata. Ia juga termasuk madu, raisin, gula-gula, pastri, pisang, kurma dan anggur merah iaitu makanan yang mempunyai glisemik indeks yang tinggi.

Semua makanan ini mengandungi gula yang dibebaskan dengan cepat di dalam darah. Ia dipanggil “fast-releasing”.

Kebanyakkan minuman di pasaraya telah dimaniskan dengan menggunakan glukosa atau sirap jagung yang mempunyai fruktosa yang tinggi. Bukan lansung tak boleh ambil semua makanan ini, cuma jumlahnya perlu dipantau.

Kebanyakkan minuman di pasaraya telah dimaniskan dengan menggunakan glukosa atau sirap jagung yang mempunyai fruktosa yang tinggi. Bukan lansung tak boleh ambil semua makanan ini, cuma jumlahnya perlu dipantau.

2- Pengambilan “refined carbs” yang banyak

punca kencing manis, pengambilan gula dan makanan/minuman bergula yang tinggi

Ini termasuk pengambilan roti, cereal, pastri, pasta dan beras putih yang banyak. Proses untuk mendapatkan “Refined carbs” telah mengurangkan mineral seperti kromium.

3- Tekanan yang kronik dan masa tidur yang tidak cukup

punca kencing manis, kerana Tekanan yang kronik tak cukup tidur

Apabila kita tertekan atau stress, ia akan meningkatkan kortisol. Hal ini menyebabkan insulin tidak dapat digunakan di dalam badan.

4- Peningkatan saiz di bahagian tengah tubuh (pinggang dan perut)

punca kencing manis, Peningkatan saiz di bahagian tengah tubuh badan

Gula yang berlebihan dalam darah “dibuang” oleh insulin ke dalam hati, yang kemudian bertukar menjadi lemak. Lemak-lemak ini mudah disimpan di sekitar pertengahan. Jika anda dapati lilitan saiz pinggang anda semakin bertambah, ia menunjukkan petanda yang buruk.

5- Merokok

punca kencing manis, merokok yang memudaratkan melebihi dos sehingga mengganggu kesihatan.

Orang yang merokok juga berisiko untuk mendapat diabetes

6- Tidak mengambil sayur dan buah yang mencukupi

punca kencing manis, Tidak mengambil sayur dan buah yang mencukupi

Individu yang kurang mengambil sayur dan buah berisiko untuk dapat kencing manis.


7- Tidak mengambil supplemen

punca kencing manis,  kekurangan bahan mineral yang diambil setiap hari


Ramai yang menyangka pengambilan supplemen adalah membazir. Namun dalam buku Say No To Diabetes, mengatakan mengambilan supplemen mampu mengurangkan risiko kencing manis.

8- Pengambilan ubat-ubatan

punca kencing manis,  pengambilan ubatan  boleh meningkatkan risiko kencing manis

Ramai yang tidak sedar, pengambilan ubatan-ubatan sebenarnya boleh meningkatkan risiko kencing manis. Ini termasuk “corticosteroid drugs”. Ubatan “Corticosteriod” biasanya untuk mengurangkan keradangan kerana ia berfungsi untuk mengurangkan bengkak pada laluan udara di paru-paru. Ubat ini selalunya diberi kepada pesakit asma dan arthritis.

Pengambilan dalam tempoh yang panjang boleh menggangu keseimbangan hormon dan kortisol iaitu sejenis hormon adrenal yang mempunyai kaitan dengan kawalan gula dalam darah. Thiazide diuretic yang digunakan untuk tekanan darah tinggi juga meningkatkan risiko untuk dapat kencing manis

9- Sejarah keluarga

punca kencing manis,  ahli keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis

Jika ahli keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis, risiko anda untuk mempunyai kencing manis adalah tinggi. Jika ibu anda mempunyai diabetes type 2, anda mempunyai 40 % peluang untuk mempunyai kencing manis dan jika kedua-dua orang tua anda mempunyai diabetes, risiko anda adalah 80 %.

Namun begitu penyakit kencing manis ini boleh berbalik, Maksudnya, boleh kembali normal semula.

10- Umur / Lanjut Usia

punca kencing manis,

Tidak dapat dinafi, semakin usia meningkat, semakin tinggi risiko untuk mendapat kencing manis. Namun, bukanlah kerana usia, anda mendapat kencing manis. Ini kerana orang muda pun ada yang dapat kencing manis.

11- Kerintangan insulin

Selain dari itu punca kencing manis yang dihadapi oleh rakyat Malaysia ialah, rintangan Insulin terjadi apabila struktur membran sel yang telah dirosakkan dan ini menyebabkan reseptor atau penerima insulin menjadi kurang sensitif terhadap insulin. Insulin tidak boleh merangsangkan pembukaan Laluan Glukosa lagi.

Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat dan akhirnya menyebabkan kencing Manis.

Kesan dari rintangan insulin boleh menyumbang kepada “sindrom metabolik”. Sindrom metabolik ini adalah satu kluster yang hadir bersama dan meningkatkan risiko kencing manis juga masalah

Glukosa yang tidak dapat  masuk ke dalam sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat dan akhirnya menyebabkan kencing Manis. Kesan dari rintangan insulin boleh menyumbang kepada “sindrom metabolik”.

Sindrom metabolik ini adalah satu kluster yang hadir bersama dan meningkatkan risiko kencing manis juga masalah jantung dan strok.

12- Sejarah kelahiran besar (kelahiran obesiti).

kelahiran besar melebihi 4kg atau lebih juga dikenali kelahiran obesiity.

Sejarah kelahiran bayi besar, melebihi 4 kg ataupun lebih dan bayi ibu yang menghidap diabetes semasa hamil adalah lebih cenderung untuk menghidap diabetes (dan obesiti dan penyakit jantung) semasa dewasa berbanding kanak-kanak yang ibu mereka tidak mempunyai diabetes .

13- Tidak mengambil ikan dalam pemakanan

punca kencing manis,  minyak ikan boleh mebantu untuk melindungi kita.

Pengambilan ikan yang kurang menyebabkan kurang Omega 3 dalam tubuh. Ini kerana minyak ikan boleh mebantu untuk melindungi kita dari kencing manis.

14- Tidak beraktivivti

punca kencing manis,  tidak buat senaman berisiko dapat berat berlebihan.


Individu yang tidak aktif, tidak buat senaman berisiko untuk dapat berat berlebihan dan kencing manis.

15- Tumor Glucagonoma

punca kencing manis, Tumor sel alfa biasanya dikaitkan dengan sindrom glukagonomia

Adalah tumor terpencil dari sel alfa pankreas yang mengakibatkan pengeluaran berlebihan hormon glukagon. Tumor sel alfa biasanya dikaitkan dengan sindrom glukagonomia, walaupun terdapat gejala yang sama dalam kes-kes sindrom pseudoglucagonoma pada ketidakwujudan tumor glukagon-terlindung.

16- Jantung dan Strok

punca kencing manis,  Jantung dan strok


Kesimpulannya, hidup dengan cara hidup yang sihat. Life is too short to waste time in this suffer disease.


RAWATAN UBATAN

1- Ubat Doktor

2- Insulin.

3- Alternatif produk merawat kencing manis: Herbadiabetis.

Kesimpulannya, hidup dengan cara hidup yang sihat. Life is too short to waste time in this suffer disease. seseorang itu hendaklah memerhatikan perubahan pada tubuh badan mereka. Sekiranya, ada tanda-tanda penyakit kencing manis ini pada diri maka segeralah mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor.

Lebih daripada itu, kawallah pemakanan anda. Jaga pengambilan gula dalam makanan dari hari ini untuk mengelakkan diri menjadi mangsa penyakit kencing manis ini. Jika boleh, amalkan diet kencing manis atau dapatkan nasihat doktor.

Petua: 7 Makanan Melancarkan Darah.

Kencing Manis - Ubi Bit Merah

Gais, korang perlu tahu, makanan melancarkan darah adalah makanan yang sihat, ia membuatkan sistem peredaran darah yang lancar. dengan cara ini, perjalanan organ akan berjalan lancar, kerana darah memainkan peranan dalam membawa nutrien dan oksigen ke organ-organ penting dalam tubuh, seperti otak dan jantung.

Tambahan lagi (additionally) untuk tubuh sentiasa kekal sihat, korang perlu makan makanan berkhasiat. Berikut adalah senarai makanan yang baik untuk peredaran darah.

1- Teh hijau

teh hijau dapat melebarkan saluran darah yang berfungsi untuk melancarkan darah
Teh Hijau

Jika disemak dari laman web Boldsky gais, teh hijau dapat melebarkan saluran darah yang berfungsi untuk memudahkan peredaran darah di dalam tubuh. Di samping itu, teh hijau juga kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan kesihatan jantung keseluruhan.

2- Ikan Salmon

Asid lemak omega-3  juga mampu melancarkan darah ke jantung

Gais, korang ade tak yang minat Ikan Salmon? Asid lemak omega-3 dalam ikan salmon juga mampu melancarkan peredaran darah ke jantung. Oleh itu, gais dan keluarga korang dapat mengelakkan daripada penyakit kardiovaskular.

3- Coklat

melancarkan darah, kandungan polifenol dalam coklat sangat bermanfaat untuk kardiovaskular

Tidak seperti (Unlike) salmon Kandungan polifenol dalam coklat sangat bermanfaat untuk kardiovaskular termasuk peredaran darah ke jantung.

4- Bawang putih

sifat anti-radang dan antimikrob  dapat membantu merangsang melancarkan darah

Bawang putih membantu melancarkan darah, ia mengandungi sifat anti-radang dan antimikrob yang dapat membantu merangsang aliran darah dan mengekalkan sistem penghadaman. Bawang putih juga mengandungi sebatian organosulfur yang membantu dan melawan jangkitan toksik di dalam tubuh manusia.

5- Orange

mempunyai kandungan vitamin C yang luar biasa untuk melancarkan darah

Orange juga mempunyai kandungan vitamin C yang luar biasa untuk melancarkan sistem peredaran darah (melancarkan darah), terutamanya dalam kapilari kecil yang membawa darah dari arteri ke sel-sel dalam badan. Vitamin C juga penting untuk pembentukan tisu kolagen dalam badan.

Makanan lain yang juga mengandungi vitamin C ialah limau, nanas, brokoli dan strawberi.

6- Kekacang

melancarkan darah, meningkatkan peredaran dan kaya dengan magnesium dan L-arginine

Jenis kacang ini sangat baik untuk meningkatkan peredaran dan kaya dengan magnesium dan L-arginine. Magnesium adalah mineral penting yang membantu arteri menjadi lebih santai dan tidak tegang.

7- Ubi Bit Merah (Beetroot)

kaya dengan nitrat yang dipercayai meningkatkan peredaran darah juga melancarkan darah.

Beet kaya dengan nitrat yang dipercayai meningkatkan peredaran darah juga melancarkan darah. Nitrat yang memasuki badan akan ditukar menjadi oksida yang boleh melebarkan saluran darah.

Akhirnya (finally) bagaimana gais, sekarang sudah clear bukan? Mari gais, segera praktikkan tips makanan di atas untuk kesihatan keluarga korang gais!

Makanan Sihat Diabetes - 11 Direkodkan

Makanan sihat diabetes

Macamana Nak Kawal diabetis jika tak amalkan makanan sihat diabetes?

Diabetis adalah penyakit kronik mungkin ada sebahagian yang kekal seumur hidup.

Oleh itu, beberapa cara boleh diambil untuk mengawal paras gula di dalam darah, seperti :

  • Penjagaan pemakanan
  • Pengawalan berat badan
  • Pengambilan ubatan
  • Senaman

Di sini admin nak share kat korang jenis pemakanan yang sihat untuk pengidap diabetis.

1. Makanan Sihat Diabetes - Bawang Putih

Bawang putih mengandungi allicin dan flavonoid yang membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan memberikan perlindungan imuniti badan.

Bergabung dengan Vitamin B1 (Thiamin) ia membantu pankreas merembeskan insulin dengan baik di dalam badan.

Makanan sihat diabetes

2. Makanan Sihat Diabetes - Ikan Salmon

Ikan salmon kaya dengan Omega 3 yang membantu menurunkan paras gula di dalam darah dengan meningkatkan sensitiviti badan terhadap tindakan insulin.

Makanan sihat diabetes

3. Makanan Sihat Diabetes - Lemon

Lemon mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi dan membantu merendahkan skala glisemik di dalam darah.

Makanan sihat diabetes

4. Makanan Sihat Diabetes - Avocado

Avocado mengandungi lemak buah-buahan yang meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin.

Pesakit diabetes dicadangkan mengambil 45-60 gram avocado untuk setiap hidangan untuk membantu menurunkan paras gula dalam darah.

Makanan sihat diabetes

5 .Kekacang

Seterusnya makanan sihat diabetes ialah Kekacang seperti seperti badam, cashews, walnut dan kacang tanah membantu badan meningkatkan kerintangan ke atas insulin.

Makanan sihat diabetes

6. Kulit Kayu Manis

Kulit kayu manis kaya dengan antioksidan, boleh dikisar untuk dijadikan rempah masakan mahupun dimasukkan sedikit ke dalam air untuk diminum.

Makanan sihat diabetes

7. Bijirin Oat

Oat mengandungi serat beta-glucan yang membantu merendahkan gula dalam darah dan membantu mereka yang ingin kurus.

Makanan sihat diabetes

8. Ubi Keledek

Kajian mengatakan dengan memakan 2 biji epal sehari dapat mengurangkan risiko diabetes jenis kedua dan menurunkan paras gula di dalam darah.

Mengandungi serat yang tinggi berbanding ubi kentang yang lain, ia juga mempunyai nilai glisemik yang rendah. 

Ubi keledek mempunyai kesan positif terhadap kerintangan badan terhadap insulin.

Makanan sihat diabetes

9. Epal

Kajian mengatakan dengan memakan 2 biji epal sehari dapat mengurangkan risiko diabetes jenis kedua dan menurunkan paras gula di dalam darah.

Makanan sihat diabetes

10. Peria

Nutrisi phytokimia di dalam sayur peria yang pahit membantu badan menurunkan paras gula dalam badan.

Makanan sihat diabetes

11. Teh Hijau

Teh hijau mengandungi antioksidan tinggi yang sangat bagus untuk kesihatan.

Teh hijau menjadi amalan masyarakat Cina dan Jepun dalam menurunkan kadar gula di dalam darah dan mengelakkan diabetes.

Makanan sihat diabetes

12. Soya

Soya dicadangakan oleh para doktor sebagai makanan sihat diabetes

Soya juga diet yang dapat mengurangkan paras gula dalam darah kerana ia mengandungi protein yang lengkap tanpa kolesterol dan kurang lemak.

Soya dapat mengurangkan risiko diabetes jenis kedua.

soya

Jika terdapat lagi makanan sihat diabetis, sila isikan di bahagian komen ye.

SAYANGI JANTUNG ANDA

Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu bagi rakyat Malaysia. Risiko serangan jantung boleh dielakkan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti tidak merokok, bersenam dan mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Ikuti pengalaman seorang doktor ini yang melalui sendiri prosedur Angiogram iaitu prosedur bagi melihat samada salur darah koronari kita tersumbat atau tidak.
.
.

SERANGAN JANTUNG: SNIPER DALAM DADA ANDA SENDIRI, MEMBUNUH TANPA DISEDARI
.
.
"How are you Doctor?" Dato' Dr Balachandran bertanya kepadaku sambil tersenyum. Tuturkata beliau begitu lembut dan menenangkan. Beliau adalah Pakar Perunding Kardiologi yang merawatku di IJN tempohari.
.
.
"I'm anxious Dato," aku berterus terang. Aku terbaring di atas meja pembedahan yang sejuk berpakaian gown berwarna kuning cair. Tangan kananku telah diikat ke armboard dengan tape cokelat.
"Yes I know. Usually you're the one who put people on the operating table kan? And now I put you on the table.." katanya mengusik.
.
.
"Don't worry, you'll be just fine" katanya lagi sambil memeriksa nadi di tangan kananku, melakukan Allen Test bagi melihat dominan arterial supply.
Saya telah melalui Prosedur Angiogram pada hari Khamis yang lalu. Ia adalah pengalaman yang tak dapat saya lupakan. Saya nak share pengalaman tersebut agar ia memberi manfaat buat pembaca semua.
.
.
Angiogram ialah satu prosedur bagi melihat samada salur darah koronari kita tersumbat atau tidak. Salur darah koronari ialah salur darah yang membekalkan oksigen kepada otot jantung kita. Jika ia tersumbat, bekalan darah (oksigen) ke otot jantung akan kurang/terhenti (ishaemia) dan otot jantung kita akan mati. maka kita akan mendapat serangan jantung (Myocardial Infarction).
.
.
Mula-mula bius setempat akan diberi di tempat salur tiub halus (angiocath) akan dimasukkan. Ini yang paling sakit sebenarnya. Sampai keras kejung kaki saya menahan sakit. Lepas tu dah tak rasa apa-apa dah.
.
.
Angiocath ini akan dimasukkan samada dari tebukan salur darah Radial artery di pergelangan tangan atau Femoral artery di kelangkang (dalam kes saya melalui Radial artery). Angiocath ini kemudiannya akan ditolak perlahan-lahan hingga sampai ke salur darah koronari. Dye (contrast) kemudiannya akan dimasukkan bagi melihat samada salur darah koronari ini tersumbat atau tidak.
Jika ada salur darah yang tersumbat, Pakar Kardiologi mempunyai pilihan samada untuk merawat dengan ubat-ubatan atau memasukkan balloon dan/atau stent bergantung kepada tahap salur darah tersumbat (Pilihan ini biasanya akan dibuat setelah berbincang dengan pesakit).
Harus diingat, setiap prosedur atau pembedahan pasti ada risikonya. Pelbagai perkara boleh berlaku ketika angiogram dilakukan.
.
.
Antara risiko yang boleh terjadi semasa prosedur ini ialah:
* Pendarahan pada tempat tebukan arteri
* Salur darah boleh tembus/terkoyak
* Jangkitan kuman
* Alahan kepada dye
* Kerosakan buah pinggang
* Stroke
* Serangan jantung
* Kematian
.
.
Risiko kematian tetap ada walaupun kurang daripada 1 peratus. Tika anda terbaring di atas katil pembedahan dan mengetahui dye akan dimasukkan sebentar lagi, anda akan sedar bahawa betapa sikitnya amalan anda selama ini & betapa banyaknya dosa anda. Sedangkan anda belum sempat bertaubat. Ia membuatkan saya benar-benar insaf.
.
.
Serangan jantung boleh datang secara tiba-tiba. Apatah lagi dengan cara hidup kita hari ini yang makan sesuka hati dan malas beriadah. Kalau yang merokok tu lagi la tak sayang nyawa. Kini ia tidak mengenal usia. Ramai pemuda-pemudi berusia 20-an & 30-an yang mendapat serangan jantung kini, petugas kesihatan juga tidak terkecuali.
.
.
Sebabnya? Lihat diri kita sendiri. Macamana kita makan setiap hari, melantak tidak sedarkan diri. Bersenam pula malas. Naik tangga setingkat pun malas. Parking kereta pun sedekat yang boleh dengan kedai atau surau yang di tuju. Dengan kata lain, kalaulah boleh parking sampai dalam kedai, pasti kita masuk terus ke dalam... (exaggerate sikit...)
Antara yang lebih berisiko untuk mendapat serangan jantung ialah:
.
.
* Perokok
* Penghidap darah tinggi
* Penghidap kencing manis
* Kolesterol yang tinggi
* Obes
* Tekanan hidup / Stress
.
.
Saya tidak mahu mengambil risiko serangan jantung secara mengejut memandangkan kini begitu banyak serangan jantung berlaku di kalangan masyarakat yang masih muda.
AlhamdulilLah angiogram saya tempohari adalah normal dengan semua salur darah yang sihat. Saya sertakan video angiogram saya agar anda dapat lihat sendiri. Syukur sangat.
Cuba anda pandang wajah isteri anda
Anda renung wajah setiap anak anda. Dengar suara manja & rengekan mereka. Sayangi diri anda. Fikirkan isteri dan anak-anak anda. Berhentilah merokok. Jaga pemakanan dan bersenamlah secara berkala.
.
.
Antara simptom masalah/serangan jantung ialah:
* Sakit dada seumpama ditindih objek berat
* Sakit dada yang menjalar ke rahang atau tangan kiri
* Kesukaran bernafas
* Tidak puas bernafas
* Mengah
* Rasa loya / muntah
* Berpeluh-peluh
.
.
Namun, ada masanya masalah jantung ini tidak memberi sebarang petanda awal. Terus dapat serangan jantung mengejut dan lebih malang lagi, ada yang terus meninggal dunia. Sebab itulah, apabila saya merasa ketidakselesaan pada dada kiri saya tempohari, saya tidak berlengah untuk ke hospital.
.
.
"Do you play sport Doctor?" Tiba-tiba Dato Dr Balachandran memecah lamunanku.
"I jog sometimes and do indoor cycling Dato. Why Dato?"
"Well, look at this. Your heart is absolutely healthy. It's pumping well. Your coronary vessels are all looking great Doctor. I will not expect to see you here again in 30 years time!"
AlhamdulilLah, alhamdulilLah, alhamdulilLah. Hatiku memanjatkan kesyukuran. Semuanya normal. Tiada langsung tanda-tanda salur darahku tersumbat.
.
.
Jika anda pernah merasa simptom-simptom ini bersegeralah ke hospital atau ke Institut Jantung Negara (IJN). IJN adalah pusat jantung yang tip-top perkhidmatannya. Kemudahan, keselesaan dan layanan staff IJN memang terbaik. Makanan pun sedappp ?
.
.
Terima kasih buat Dato Dr Balachandran, sahabatku Dr Beni Isman & semua staff IJN yang telah memberikan rawatan terbaik. Teristimewa buat isteriku Nazatul Shahnaz yang menjaga diri ini sepanjang keuzuran tempohari. Itu pun jantung jugak, si Jantung Hati.
.
.
#HerbaDiabetis
#Angiogram
#IJN
.
.
Mohon share jika anda rasa artikal ini memberi menfaat.

5 Tips Kulit Sihat

Tiada masa untuk melakukan rawatan kulit di pusat pakar kecantikan? Anda masih boleh memanjakan kulit anda dengan penjagaan kulit yang mudah. Kulit dan gaya hidup yang sihat boleh melambatkan proses penuaan kulit dan sekaligus mengelakkan dari masalah kulit. Ketahui tip mudah ini untuk menjaga kulit agar kekal cantik dan muda.

Lindungi kulit dari sinaran matahari
Kulit yang terdedah pada sinaran matahari berisiko untuk mendapat kedutan pada kulit, bintik hitam tanda penuaan dan banyak lagi masalah lain. Bahkan boleh meningkatkan risiko kanser kulit. Jadi, sebelum anda keluar dari rumah pastikan anda memakai krim pelindung dari sinaran UV matahari dengan sekurang-kurangnya SPF15. Elakkan dari terdedah pada sinaran matahari terik pada jam 10 pagi hingga 2 petang. Guna pakaian yang menutup kulit sepenuhnya sebagai pelindung tambahan.

Henti merokok
Rokok menyebabkan kulit lebih cepat tua dan menyebabkan kedutan pada kulit. Ia juga menjadi punca kepada saluran darah pada lapisan kulit paling atas mengecil dan aliran darah turut menjadi perlahan. Jika anda seorang perokok dan mengimpikan kulit yang cantik serta tidak bermasalah, cara paling baik adalah hentikan tabiat merokok sepenuhnya.

Belai kulit sebaiknya
Cuci setiap hari dan cukur segala rerambut yang tumbuh pada wajah membantu dalam mengelakkan masalah kulit. Untuk mengekalkan keanjalan kulit, amalkan dengan mandian air suam dan tidak terlalu panas. Ini kerana ia boleh mengelakkan masalah kulit berminyak. Bercukur dengan berhati-hati agar tidak mencelakan kulit. Jika anda mengalami masalah kulit kering, gunakan pelembap kulit dengan SPF sesudah mandi.

Diet sihat
Pemakanan yang baik dan sihat menjamin kulit yang cantik dan kesihatan yang baik. Banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika anda seorang yang mudah mendapat masalah jerawat, kerapkan pengambilan Vitamin C dan kurangkan pengambilan lemak.

Elak stres
Stres yang tidak terkawal boleh menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif dan jerawat mula mengambil tempat pada kulit wajah. Untuk menggalakkan kulit dan kesihatan yang baik, ambil langkah untuk mengurangkan stres anda agar tidak memberi kesan kepada kesihatan kulit dan tubuh badan.